usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 18 February 2017

Innalillah..

bismillah.

assalamualaikum .

feel good to get in touch with my only wan to tree.

---

long time didn't write here. as usual. ada kejap pahtu hilang - then muncul balik. keep repeating the process sampai betul betul hilang suatu hari nanti.

ini bukan benda pelik pon. 

permulaan 2017 januari-februari. the starting post untuk tahun ini.

  • rasmi unemployed. nak kerja tapi dilarang kaw-kaw. makanya hired as full time surirumah menjaga segala perlu-hendak apa di rumah. 
  • betul betul seperti diberi peluang dan ruang. menjaga mok yang makin lama peelnya semakin pelik.
  • 11 januari - mok tiba-tiba rebah dan hampir jatuh. bergegas ke hospital - dengan aku sehelai sepinggang. alhamdulillah, aku masih kuat. dengan bagi ayat macam-macam untuk tenangkan kak. konon. padahal aku yang goyah.
  • semalaman sahaja mok di hospital. esoknya dah bawak balik rumah.
  • tapi mok balik dah x macam masa bawak ke hospital. she is getting worse time by time. 
  • doktor cakap - "mesin ni just bantu dia bernafas sahaja. kalau kata lepas ni dia sedar dan sihat balik, lets call it miracle. itu kerja Allah. cuma kalau lepas ni ada yang perlukan mesin ni, kita akan dahulukan yg lebih memerlukan".
    maka keputusan dibuat - bawak mok balik rumah.  
  • 2 3 hari keadaan mok masih sama. x sedar. x makan apa apa, walau tiub di mulut tapi seolahnya aksesori yg menambahkan lagi seksa pada mok. it did not work at all. 
  • ada harinya mok macam banyak bergerak. bila pegang tangan, dia genggam balik. bila panggil nama, dia bukak mata. paling mok respon - masa tukar pampers. dia garu garu punggung - gatal. x selesa. malu. dan segala yang dia tak mampu luah. 
  • ada satu malam - mok rentap tiub makan dia. dalam tu penuh air - memang air tu x bergerak masuk perut dia pon. aku nekad - pergi klinik mintak nurse pasang balik tiub tu. 
  • kali pertama aku tengok macamana seksa tiub tu dimasukkan ikut hidung. it did not turned out well jugak - sama. air x gerak. so lets assume perut mok dah tak terima sebarang makanan hatta cecair sekali pun.
  • aku menyesal - rasa macam aku sengaja menyeksa mok. maaf mok, yah cuma ikhtiar setakat yah mampu. kesian biar mok terlantar tanpa makan minum.
  • Allahu. i feel the burden. i feel abandoned. i feel alone. i dont even strong to face this. i talk to my friend - ask them about takdir. about so called - Allah uji sebab aku kuat. about pop up question secara tiba tiba atas sebab rasa lemah yang menekan.
  • tapi tu la - they got smash back setiap kali dorang bagi point. aku bangkang setiap kata pujukan. aku rasa aku betul - sebab yang tanggungnya aku. yang bagi nasihat, yang suruh aku sabar, yang cakap aku kuat - they dont even feel the reality, the life i bear. chin up - aku tak mimpi ok? dan tak tahu aku patut berdoa lagi ke tidak? nak mintak apa lagi - Dia bukan bagi pon kalau aku mintak. 
  • Allahu. dua dua mengucap panjang melayan pshyco aku. i dont really needs the word sebenarnya. aku nak orang teman aku saat aku down macam ni. itu je tujuannya. thanks for prove it meksue meklong.
  • bila aku baca balik - Allahu. malunya. aku bercakap macam orang takde akidah.
  • hari keenam 16 januari - perkembangan mok makin lama makin menurun.  tamu datang pergi balik silih ganti. dari serapat rapat waris - hingga ke sejauh jauh kenalan datang jenguk mok. Allahu. banyak nya aku tak kenal orang. 
  • aku dah sebati dengan rutin baru jaga mok, jaga umi, layan tetamu. rutin sama diulang-ulang. yassin x pernah sunyi dilagukan. gilir gilir semuanya. 
  • malam tu - kali pertama aku tidur sebelah mok. satu kelambu dengan mok sejak mok sakit. sebab waris lain balik rumah masing masing dah - dengan pesan kalau ada apa apa kena maklum laju laju pada mereka. 
  • malam tu tidur lena sangat. aku ready letak tangan sebelah mok - andai kata dia bergerak senang la aku jaga.
     
  • 17 januari. sedar sedar dah jam 5 pagi. terkejut - rasa macam aku tidur lama sangat. terus aku check mok. pegang tangan mok sejuk sangat berpeluh peluh. warna kulit dah jadi pucat biru. posisi masih sama. dari hari ke 4 mok memang tak bergerak - statik sahaja terbaring dan dah x respon apa apa dah. 
  • abuya datang jenguk - nampak lain dah ni kan yah? abuya tanya. aku mengiyakan. terus kejut seisi rumah bangun baca yasin - panggil orang kampung datang tengok.
  • hari ni dari pagi orang x berhenti datang. keadaan mok makin tenat. dia bernafas perlahan. tangan masih sejuk membeku. yaasin masih bergema. air mata ? x payah cerita. 
  • 630 petang. aku perasan mok bernafas lain macam. tarik-lepas nafas mok seakan payah dan kuat bunyinya. tarik panjang - lepas sekali gus. jeda pon selang 2 3 saat. 
  • selain anak cucu mok, yang ada masa tu anak sedara mok, mek Esah - yang paling dipercayai untuk kami bergantung harap. 
  • masa tu mok tak dibiarkan sendiri.  telinga mok berkali kali didengarkan syahadah. anak cucu amik tempat keliling tilam mok lepas selesai maghrib.
  • sekujur badan umi terbaring sebelah mok. aku disebelah umi, jadi kedudukan aku jauh sikit dari mok. 
  • makin berat. setiap orang perhati hela nafas mok yang semakin penat. yaasin diteruskan. pada masa yang sama syahadah tidak sunyi didengarkan di telinga mok. masa tu perasaan aku membuak buak. rasa nak kucup dahi mok. sangat sangat. tapi aku tak buat. sebab jauh duduknya. 
  • abuya main peranan ketua keluarga. syahadah dipanjangkan di telinga kiri mok - semakin kerap. sehingga mok hembuskan nafas terakhir. semua orang tengok. mok hembus - dan tak disusuli tarik nafas seterusnya. terkejut.
  • "x ada dah ni kan"? - soal abuya kemudian diiyakan. Allahu. 
  • laju dan kuat irama esak tangis anak cucu mok. 
  • syahdu. satu rasa sedih yang paling sedih. satu satu kenangan muncul dari kotak minda.
  • aku tak berlama melayan sedih air mata. yang lain pon. sebab ada mek esah, serba serbi dia tunjuk apa perlu buat.
  • khidmat akhir kami malam itu buat mok - tutupkan mata mok rapat rapat, silangkan tangan kanan atas kiri, ikat kaki bagi rapat,  ikat dagu mok takut mulut terbuka, sapu kening mok dengan minyak zaitun (yg ni acik buat, dan aku tak tau kenapa ) cabut tiub, buang pampers, ganti cadar.  
  • disusuli dengan datangnya tetamu ziarah malam tu. syukur - aku tak terlalu melayan sedih. esak tangis sedaya aku tahan. cuma air mata laju berjalan.


    urusan pengkebumian esoknya lancar. alhamdulillah, yang mandikan mok, siapkan persalinan kafan, iring jenazah ke liang lahad, semua dari anak cucu mok.

    dengan doa semoga mok bergembira di kampung baru. mok boleh jumpa ayoh. dan lain lain sedara mok yang dah lama di kampung tu.  

yah mungkin bukan cucu yang baik untuk mok. mok sendiri tahu dan mengaku mok takut dengan yah sebab yah garang. yah tak garang mok, cuma yah mulut lepas jah kadang-kadang. tapi kalau la mok tahu, seminggu mok sakit, yah ikhlas tolong mok. yah x tinggi suara pon dengan mok. tiap kali tukar pampers, yah mintak izin dulu - sebab masa mok sihat mok selalu kata yah gatal, suka selak kain orang. tu cara yah bergurau dengan mok, tapi mok salah paham. yah puas hati boleh jaga mok sampai akhir hayat mok. yah harap kalau la mok tahu yah jaga mok - mok x akan takut lagi dengan yah, dan hargai pengorbanan yah. yah doa harap mok hembus nafas dalam keadaan baik - alhamdulillah. Allah jemput mok dalam keadaan yang mulia. 

yah dah redhakan mok. harap mok redhakan yah jugak. jumpa di sana. 

alfatihah.

Tuesday, 4 October 2016

saya dah habes viva..!

bismillah..

mungkin aku kena mulakan penulisan ni dengan sedikit unsur riak muahahaha
eh bukan bukan
bukan nak riak ekceli.
hanya nakkan starting yang rasa rasa boleh buat jari aku laju menari.
haa kauu.

terima kasih atas semua terlibat depan dan belakang tabir
 sehingga saya tersenarai bronze list award JAPIM. 
bronze je ..haha
 


DAY 1. 

hari yg bagi aku sangat momento. malam sebelum tu memang tido aku pon dah tak senang padahal aku bentang hari kedua turn last kot. entah. seolahnya aku letak diri aku pada tempat sohabat yang bentang hari 1. bila hariz call kata x jadi buat mock viva, aku pulak yang lelebih gelabah. meksyi lek aje.

730 aku dah siap berkurung siap nametag. masih berdebar walaupun hari tu aku cuma AJK makan makan je. jam 800 aku dah terpacak kat e2 untuk briefing viva. mata aku banyak fokus pada mereka-mereka yang pakai kot dan blazer. aku perati je mana-mana yang x pakai blazer, mungkin nasib macam aku yakni bentang hari last. ambik semua kacang, cekelat, mineral angkut ke MahpurBaba, settel.



the real viva may begin anytime. 
masyaAllah masa tu lagi kuat feel dia. 
aku main peranan kalut nak bergambar.
meksyi hariz zahrul - seriously. 
tengok semua lengkap macam nk bagi talk - 
aku cuma harap lembutlah hati penilai, 
lancarlah lidah mereka berhujah 
- disusuli Amiin. 


anak anak Isma


the viva finally started.
zahrul pembuka hujah yang cerdik bermain kata. 
sementara hariz, pokdid, syi, siha berada pada satu kelompok tanda bersedia. 
aku tak join. rasa macam tak payah ganggu, they need space.  
maka aku - masih kaku di meja penjaga masa dengan ubai dan afif 
membincangkan topik panas ; 
Dr. Shaarani. 


sidang 1 settel !


everything goes well till the last bell.
bertuah betul sebab penilainya Dr Rahaimah dan Us Zul baik yaampuun.
lega mereka - dan aku pun lega taktau kenapa.
lega sangaat sampailah aku berpijak kembali di bilik.

tido petang dah tak keruan. 
meksyi keep asking - nak kena tolong ape x?
hariz call tanya - nak aku tolong ape ape? 
both question i answered - no nehihei. doa saja - 
sebab umi dan Dr. Shaarani menari nari dalam kepala. 



DAY 2

hari penentu.

baki anak isma yg akan bentang di sidang 2.
 

suasana dia dah tak macam semalam.
sedikit hambar sebab ada yang datang lambat.
jujur, aku tak happy pon bila irfan kata
Dr Shaarani diganti dengan Us Amir..
sebabnya aku dah banyak bersedia untuk hadap beliau..
kalau umi mungkin ya aku melompat-lompat.

semua anak Dr. Hamid irfan najwa ubai settle untuk sesi 1.
semua dahsyat kata kata dari umi and at the same time Us Amir join sekaki.
kata Irfan - soalan umi lagi susah dari soalan kubur.

resah.
kejap lagi turn anak Isma.
entah la x tau nak bergantung dengan sape.
sebab kekuatan Afif dah cukup kuat andai kata dia dibash.
yang dibimbangkan - aku.

aku naik turun tangga mahpur entah berapa kali. 

irfan - paling banyak psycho. walaupun dia banyak thumbs up kat aku - masih rasa aura negatif. haha. sorry but true. dia bagi semangat, at the same time bagi aku lagi berdebar.
najwa - turn dia dah lepas then datang mai gosok-gosok belakang aku. aku paham dia nak tenangkan aku. nak menitik jugak aku. diam-diam aku harap stop najwa, aku takmau nanges.
ubai - tengok tanpa perasaan. seolah nak cakap - relaks wea . terima ja dia kata apa.
pokdid - katanya minum air banyak banyak, selawat. paling ustaz --
siha - play her role. datang mai peluk aku - meh sini aku nak bagi semangat . thanks, tenang.

dan yang paling aku berpaut of course anak-anak isma.

zarul – scarynye penilai hari ni. korang bentang elok-elok tau.
meksyi - dari jauh keep making her annoying face. her charm. i feel it.
afif - not saying any calming words sebab dia pon berdebar.
hariz - paling banyak main peranan. dia bagi aku idea sampai lah dekat aku nak bentang - dia datang dan bagi lagi definisi letop. datang lagi dan tanya - ko punye bahan cukup tak? dia dapat baca pattern umi dan datang kat aku dengan tiba-tiba soal pasal kajian aku. aku jawab - dia topup. katanya - tengok aku masa bentang. i yakin kemampuan u kakwe - vavah sangat. haha

bismillah.
aku muliakan dulu semua warga dewan. 
dan yang teramat mulia mestilah Pengarah, 
yang muncul tiba tiba 300 saat sebelum aku bentang. 
bentang saja. 
dalam kepala aku cuma nak cerita semua pengalaman aku.
Part tayang video, sound tiba tiba x bunyi –
Aku cuba control diri jangan kalut sangat.
Then panggil sesape boleh tolong check kejap –
Lagi Alhamdulillah. laju je irfan ubai datang tolong betulkan.
Pergh terharu . dorang tak biarkan aku terkapai kapai. Haha
Masa tu pon okay.
selagi tak diserang umi - takde sangat debarnya. 
sekali umi serang -
terus mata aku pandang atas tengok sahabat masing-masing bagi hint
 - fighting!

dan aku jawab - pasal rujukan je pon.
aku kira aku menang sebab umi tak panjangkan isu tu.

sohabat tepuk tangan! YEAHH...
aku rasa macam menang lawan komunis. haha

alhamdulillah. satu rahmat bila turn aku tak disoal banyak.
salah satu mungkin syafaat pengarah datang, maka umi behave.
dan viva pon tamat.

aku rasa nak canang satu dunia aku dah habes viva !!

  
x reti duduk sebelom tiba turn.

hai pengarah.


selesai dahh


aku tak lama lepas habes tu. nak kejar amzar uwais solehah pulak.
check wasap tengok sohabat dah selesai majlis penutup.
jujur - jelous amat tengok gambar ayyar medina bergambar dengan ustazah.

then they said - tahniah kakwe ustazah bangga dengan u.
aku ingat dorang menganjing sebab aku blah awal.
- kakwe u dapat anugerah taw. 
- bangganya ustazah sorang emas sorang gangsa

herm. terus rasa nak sujood. hahah.
drive laju-laju nih nak balik cerita kat abuya umi.

maka tamat cerita terharu aku pasal Viva ni.
mungkin masa tu aku jadi kacang yang x ingat kulit
- langsung aku tak pm ustazah cakap terima kasih ke ape..

minggu depan tu balik maktab - jumpa ustazah salam dan cakap terima kasih.
baru taw nak kenang jasa. haha
tapi ustazah masa tu dah blur dah - x ingat dah pasal viva.
tak kesah - aku cakap jugak terima kasih ustazah - maaf hari tu balik awal.

=)

deep in my heart. ketahuilah ustazah dan warga ayyar medina.
saya bukan siapa-siapa dan parking lot saya bukan apa-apa
kalau bukan dari kerjasama kalian.
perghh - 

i love my AR but i love u more.

hahaha

salamualaykum. 




Saturday, 9 July 2016

hidden hikmah

-drafted since 4th week of Ramadhan-
Bismillah.

alhamdulillah.

masih menghirup udara nikmat Tuhan.
masih melihat indah ciptaan Tuhan.

masih menjalani 10 hari fasa terakhir Ramadhan 2016.

seperti biasa - sembang-sembang time mandikan umi topiknya tak pernah nak lari. favourite topik umi mestilah cerita pasal makhluk-makhluk PA2.

tahun akhir. spesifiknya lagi - semester akhir.
tiada lagi semester depan.

budak-budak opsyen lain rata-rata tengah fefeeling nak berpisah. kami PA2 masih bergedik macam tak paham apa nak jadi nanti?

its okay je aku rasa. kali ni rasa macam matang sket. tahu, sikit masa lagi takkan duduk ramai-ramai macam sekarang lagi dah, tapi - bukan alasan untuk duduk meratap sambil bersedih mengimbau memori lalu. life must go on, right? buat masa sekarang, just live the life well lah. hargai je masa yg ada bersama sebaiknya. dan ni bukan susah kot bagi kitorang. memandangkan since the past 5 years pon kami dah berkasih sayang dengan baik. rasa kekeluargaan dari dulu sampai sekarang masih terjaga dan rasanya bertambah-tambah.baik-buruk peel setiap orang sudah berjaya di digest dengan baik, tu sebabnya kot.

dan aku rasa - takkan muncul feeling sedih yang teramat nanti. sebab budak-budak ni bila kumpul takdenye nak fefeeling, menggila sajo macam tak de ape jadik. insyaallah. jauh mana pon terpisah, selagi kita masih di bumi Tuhan, rancanglah semula. macam mana Allah rancang pertemuan yang tak pernah kita jangka, why not kita pulak rancang pertemuan semula, dari pertemuan yang dh Allah takdirkan 5 tahun lepas?

thinking back of, banyak betul benda yang jadik bermula 2011-2016.

dari yang indah - sampailah ke yang perit perit. haha

dari yang perit tu, dapat pulak satu benda - kekuatan.

dan aku harapkan kekuatan tu jugak akan bertambah-tambah -
sebab hidup ke depan ni aku tak tau lagi cobaannya macam mana,
makhluk macam mana yang akan aku hadap,
tempat macam mana akan aku duduk.

apa apa pon jadik. ayat keramat yang aku kena dakap kemas sampai hujung nyawa :

Laa tai-asu min rohmatillah
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah

iya. pegang itu saja.

semoga hati aku sentiasa dipelihara untuk sangka baik dengan Allah.
mati bila-bila boleh jemput.
aku takut, kalau tersasar - tersangka buruk dengan Allah.
dijemput dalam keadaan begitu.
Na'uzubillah -

Friday, 20 May 2016

Unsung Hero

bismillah.

unsung hero - atau melayu sebut sebagai ; wira tak didendang.

wira yang buat macam-macam, yang padanya dah banyak pengorbanan yang dia buat untuk sesorang/sesuatu.

tapi, orang tak nampak pengorbanan yang dia buat, malah tak hiraukan pon.

ada, tiada . sama saja ~

that is the best word to describe fenomena unsung heroes ni aku rasa.

*********
sebab jiwa dan raga aku ni xdelah kebal mana. maka ada la sesetengah benda tu, yang bila kena je atas batang hidung aku, terus aku menggelupur x senang duduk.
 
hai !

btw, im saying hi again. menyambung kembali tulisan pasal unsung heroes ni pd hr ni 21/5. sebab hari tu nasib tak baik. bebel panjang 4 ekar, sekali connection lost, musnah ranap habis karya carut aku. 

still get in the mood aku rasa, feeling hari ni hampir sama macam hari tu. tapi tak menyengat mana -

im not saying that have a feeling of being unsung heroes ni seolah nye kemaruk mahu penghargaan orang.

on my view, kebanyakan manusia dalam dunia ni punya common sense.

buat baik , balasnya - penghargaan.
buat jahat - hukuman.
ramah - ramai kawan
diam - 2 3 orang kawan, tapi rapat
pemurah - rezeki murah
kedekut - esok-esok tuhan balas

n so on yang rata-rata, bila keluar je satu statement, respon setiap orang adalah hampir sama. that's common sense =)

back to the topic.

is it worth bila kau buat baik pada orang, sedang pada orang itu - apa yang kau buat tu takde ape pn ade dia?
bahagianya perasaan kau buat sesuatu dengan niat suci molek nak hulurkan bantuan, padahal kerja buat kau langsung tak dianggap sebagai pertolongan.
ikhlasnya kau x berkira soal duit when it comes to orang rapat, tapi bila kena pada kau - dihitungnya satu persatu.

is it worth?

sebab aku berhadapan dengan situasi begini. rasanya pedih amat woi.
HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.

buatlah serba serbi pon, tetap jugak dia tak rasa kita ni meringankan -

entahlah. im not get in the mode.

ok lah aku stop sini je . bai Salam.

Sunday, 6 March 2016

praktikum again.

assalamualaikum.

awwalul kalam., bismillah.

berkurun tidak menjengah di sini. faktor kekangan masa, juga kekangan connection.
menyedihkan betul keberadaan di EA9.

sekarang ni tengah menunggu queue japgi kena masuk kelas jaga budak exam.
ohho. lupa nak hupdate - sekarang dah praktikum fasa 3. fasa akhir ye, akhir.
di SK Mentera.

so far, tak de benda yang boleh aku stresskan dengan keadaan di mentewa ni.
seriously, macam xde benda nak dibebelkan. kah.
bagusnya mentewa ni,. recommended lah kalo sape nak praktikum di sini.

oke.wordless.
bila singgah tanpa perasaan, ni la jadinya.
tepu. xde lintasan nak menaip ye~

ok. semoga nanti ada harinya aku stress. dan connection pon masa tu harapnya ada.

rindu nak menaip dipengaruhi emosi.

wahahah''

p/s : persiapan bekwoh haq in progress. counting 17.3.2016

Saturday, 16 January 2016

bae, masa kan berjalan?

bismillah.

alhamdulillah ala kulli hal.
sudah menjengah ke tahun 2016.
post pertama utk tahun ni.

semoga - tahun ini baik-baik saja.

semoga momentum untuk berubah jadi yang lebih baik - Allah kekalkan.
bahkan lagi baik jika digandakan.
semoga apa yg aku lakukan sekarang kekal sampai pejam mata la hendaknya.
yang ni serius kena selalu doa.
sebab nak berubah mudah je.
nak istiqamah tu payah.
kan?

baik.

masa berjalan. sesaat tak tunggu kita.

kini - dah sampai masa untuk aku left group.
haha. tangan skang ni gatal sungguh rasa nak left group.
tapi sabarlah - diinvite dengan cara baik.
maka nak blah pon kena la dengan penuh adab tertib jugak kan.
sabar. nati diorang remove. kekeke

memandangkan dah final year finally.
means bukan semata final year 4 tahun mengaji PISMP.
final jugak untuk - KeSaS,  untuk PIM.

bila dah tak lagi bersama orang kuat KeSaS. maka rasanya aku ni macam melukut di tepi gantang. haha. tengok orang bincang pum pang pum pang dalam group, walhal mereka tak memaksudkan kita pon. wahaha. aku rasa macam oh - motif nye apa aku dk baca dorang nyembang?

di UMM sendiri pun. Alhamdulillah. lawan jugak demam hari tu semata nak g meeting.
meeting akhir untuk aku maklumkan penjatuhan jawatan.
haha.
alhamdulillah. UMM taun ni nampaknya dihuni oleh ahli yang nampaknya boleh komit.
alhamdulillah again.

baik. nampak tak?
final year ni menjadikan segalanya berkenaan maktab adalah - final.

nampak gaya, tahun kesedihan aku la kot 2016 ni.
tahun layan perasaan . haha

semoga tak meroyan~

tata. salamualaykum.

Friday, 18 December 2015

bukan senang tanggung sorang~

bismillah.

sekalipun rasa nak mencarut, tetap kena bismillah jugak. ahaha.

macam biasa. pencegah darah tinggi, so kita singgah sini, buang dulu darah kotor pikiran kotor perasaan kotor. takut lagi disimpan di hati, lagi tertanam perasaan busuk tu.

salah aku. eh. kurangnya aku, lemahnya aku. sebab aku ni bukan jenis tahan bila dihambur depan-depan. tak banyak sangat kekentalan yang ada dalam diri aku ni. tambah plak, bila yang menghambur tu mak bapak sendiri. lagi la tewas pada perasaan.

sebab apa taw? - kalau dengan mak bapak, aku xde peluang nak defend diri sendiri.

defend bermaksud bela diri. bela diri caranya dengan menjawab. menjawab maksudnya berdosa. bila dh berdosa, derhaka lah aku, kan? dan aku taknak.

makanya, biar aku derhaka dekat blog ni je.

benda bukan sekali dua jadi. dah banyak kali. dan dah banyak aku telan. dan aku baru perasan - sebagaimana betulnya telahan meksi - yg aku ni jenis yg pendam sekor2. pastu bila dah x tertahan, mula hambur sesedap hati.

haih. personaliti mana nih perangai buruk kemahen.

MASAK - bukan prioriti aku. bukan pesen aku masuk dapur masak lauk macam-macam bagi orang makan. bukan pesen aku basuh pinggan, periuk belanga, buang sisa sampailah lap dapur sampai berkilat lip lap. bukan prioriti ye..kerja-kerja wanita ni bukan passion bagi aku.

tapi itu dulu. dulu dan sebelum umi sakit. dulu dan sebelum aku gigih try macam-macam resepi. dulu dan sebelum aku rasa rimas kalau kawasan dapur berair.

sekarang - keadaan merubah segala. segala benda ni aku KENA take over bukan lepas umi sakit, tapi lepas kakak aku keja di luar.

gigihnya aku bila kena paksa diri ke dapur. kena kenal dengan segala macam rempah ratus. kena tahu beza halia, lengkuas, kantan, kesom. kena sental hitamnya bontot kuali tanpa harap orang lain tolong buat. sebab apa - sebab hanya aku yg ada. sebab kalau bukan aku buat - xkan ada orang buat.

that is how im trying to leave the bad me - dan jadi perempuan yang macam perempuan.

atas rasa tanggungjawab sebagai anak perempuan - aku blaja masak. ingat lagi masa awal-awal paksa diri masak, masuk dapur je, terus mood aku lari. dari boleh gelak-gelak, terus muncung. sebab langsung tak yakin banyak mana kena cekau semua bahan masak tu. payah. sebab aku take over mendadak. take over pulak - dari orang yang dah memang ahli memasak - jadi boleh faham tak macam mana tahap berdebar + tak yakin + takut makanan tu x sedap, bila nak hidang makanan tu bagi satu fmly makan?

atas sebab tu, aku cari inisiatif lain. sebab aku tahu aku tak kental nak hadap kritikan orang pasal lauk yg aku masak.

maka, aku buat keputusan masak makanan yang jarang / x pernah kakak aku masak. sudahnya, makanan tu banyak unsur moden la. dan nyata, makanan tu lagi payah nak kena dengan tekak manusia dalam rumah aku.

dan - sangatlah jarang nak dengar pujian -- sedapnyoooo yah masok!.. -sangat jarang.

cuma yg cukup bg motivasi kat aku - diorang x kritik, makan je apa aku hidang. sebab makanan tu kan jarang dibuat - jd dorang tak tahu rasa sebenar makanan tu.

masa terus berlalu . dan sekarang, boleh kata keyakinan aku nak memasak dah meningkat sikit. xde la sampai tahap gabra bila kurang bahan. hadap saja - mana yang ada kita pakai, yang xde biarkan.

aku mula nak try masak masakan kampung. ya. masakan legend. yang pakai santan, rempah ratus, bahan hidup - kunyit, tempoyak, lengkuas, serai. yang guna ikan besar-besar.  mati! bagi aku memang sangatlah mencabar.

tapi aku buat - sebab dah jemu hadap tumis, 3 rasa, black pepper, paprik.

tapi macam yang aku jangka. pasti ada kritikan bila masak masakan kampung.
dan x sangka - kritikan tu terbawak-bawak walaupun aku masak lauk moden.

sedih . oke yang atas tu aku bebel panjang-panjang - sebenarnya nak cakap sedih je.

Abuya yang dulunya makan je makanan sedap ke tak, sekarang dah mula komplen.
kalau dulu aku abuya sangat defensive bekap aku bila orang gelakkn masakan aku - tapi sekarang buya sendiri yg jadik juri.

alahai. rapuh sungguh hatiku.

bertambah-tambah rapuh bila aku dengan kakak di dapur. bawak keluar satu talam penuh makanan.

then Abuya ramah menegur - ooo sedap kak masok!..
-- kak kata - adikyah buat ni buya

petanda - dia tak pernah expect aku masak makanan sedap-sedap.

terlebih - terkurang masin  - nasik keras / lembik =  dah macam zikir. 

adanya kakak di rumah bermaksud - dapur tu milik dia. konsep yg aku sendiri letak. bukan dia larang ke apa, tapi memang aku sendiri yg malas nk campur bila dia masak. aku seronok dia balik - sebab boleh aku belajar lagi banyak.

tapi melihatkan keterujaan abuya , umi bila makan makanan kak buat, dengan pujinya lagi - ibaratnya umi abuya kebulur time aku kat rumah.

siyesli. sangat rasa down. macam makin malas dah nak masak. biar je la aku fokus buat pastri tu.

bukan saja nak provok, tapi sebab benda ni jadik berulang-ulang , jadi aku rasa tak gagah tanggung sorang-sorang.

salamualaykum.

p/s : kak, kalau kak terasa, yah mintak maaf. i just cant tell you directly. but blogs can. bukan salah kak. yah salah sebab tak kuat . ehem