usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 18 February 2017

Innalillah..

bismillah.

assalamualaikum .

feel good to get in touch with my only wan to tree.

---

long time didn't write here. as usual. ada kejap pahtu hilang - then muncul balik. keep repeating the process sampai betul betul hilang suatu hari nanti.

ini bukan benda pelik pon. 

permulaan 2017 januari-februari. the starting post untuk tahun ini.

  • rasmi unemployed. nak kerja tapi dilarang kaw-kaw. makanya hired as full time surirumah menjaga segala perlu-hendak apa di rumah. 
  • betul betul seperti diberi peluang dan ruang. menjaga mok yang makin lama peelnya semakin pelik.
  • 11 januari - mok tiba-tiba rebah dan hampir jatuh. bergegas ke hospital - dengan aku sehelai sepinggang. alhamdulillah, aku masih kuat. dengan bagi ayat macam-macam untuk tenangkan kak. konon. padahal aku yang goyah.
  • semalaman sahaja mok di hospital. esoknya dah bawak balik rumah.
  • tapi mok balik dah x macam masa bawak ke hospital. she is getting worse time by time. 
  • doktor cakap - "mesin ni just bantu dia bernafas sahaja. kalau kata lepas ni dia sedar dan sihat balik, lets call it miracle. itu kerja Allah. cuma kalau lepas ni ada yang perlukan mesin ni, kita akan dahulukan yg lebih memerlukan".
    maka keputusan dibuat - bawak mok balik rumah.  
  • 2 3 hari keadaan mok masih sama. x sedar. x makan apa apa, walau tiub di mulut tapi seolahnya aksesori yg menambahkan lagi seksa pada mok. it did not work at all. 
  • ada harinya mok macam banyak bergerak. bila pegang tangan, dia genggam balik. bila panggil nama, dia bukak mata. paling mok respon - masa tukar pampers. dia garu garu punggung - gatal. x selesa. malu. dan segala yang dia tak mampu luah. 
  • ada satu malam - mok rentap tiub makan dia. dalam tu penuh air - memang air tu x bergerak masuk perut dia pon. aku nekad - pergi klinik mintak nurse pasang balik tiub tu. 
  • kali pertama aku tengok macamana seksa tiub tu dimasukkan ikut hidung. it did not turned out well jugak - sama. air x gerak. so lets assume perut mok dah tak terima sebarang makanan hatta cecair sekali pun.
  • aku menyesal - rasa macam aku sengaja menyeksa mok. maaf mok, yah cuma ikhtiar setakat yah mampu. kesian biar mok terlantar tanpa makan minum.
  • Allahu. i feel the burden. i feel abandoned. i feel alone. i dont even strong to face this. i talk to my friend - ask them about takdir. about so called - Allah uji sebab aku kuat. about pop up question secara tiba tiba atas sebab rasa lemah yang menekan.
  • tapi tu la - they got smash back setiap kali dorang bagi point. aku bangkang setiap kata pujukan. aku rasa aku betul - sebab yang tanggungnya aku. yang bagi nasihat, yang suruh aku sabar, yang cakap aku kuat - they dont even feel the reality, the life i bear. chin up - aku tak mimpi ok? dan tak tahu aku patut berdoa lagi ke tidak? nak mintak apa lagi - Dia bukan bagi pon kalau aku mintak. 
  • Allahu. dua dua mengucap panjang melayan pshyco aku. i dont really needs the word sebenarnya. aku nak orang teman aku saat aku down macam ni. itu je tujuannya. thanks for prove it meksue meklong.
  • bila aku baca balik - Allahu. malunya. aku bercakap macam orang takde akidah.
  • hari keenam 16 januari - perkembangan mok makin lama makin menurun.  tamu datang pergi balik silih ganti. dari serapat rapat waris - hingga ke sejauh jauh kenalan datang jenguk mok. Allahu. banyak nya aku tak kenal orang. 
  • aku dah sebati dengan rutin baru jaga mok, jaga umi, layan tetamu. rutin sama diulang-ulang. yassin x pernah sunyi dilagukan. gilir gilir semuanya. 
  • malam tu - kali pertama aku tidur sebelah mok. satu kelambu dengan mok sejak mok sakit. sebab waris lain balik rumah masing masing dah - dengan pesan kalau ada apa apa kena maklum laju laju pada mereka. 
  • malam tu tidur lena sangat. aku ready letak tangan sebelah mok - andai kata dia bergerak senang la aku jaga.
     
  • 17 januari. sedar sedar dah jam 5 pagi. terkejut - rasa macam aku tidur lama sangat. terus aku check mok. pegang tangan mok sejuk sangat berpeluh peluh. warna kulit dah jadi pucat biru. posisi masih sama. dari hari ke 4 mok memang tak bergerak - statik sahaja terbaring dan dah x respon apa apa dah. 
  • abuya datang jenguk - nampak lain dah ni kan yah? abuya tanya. aku mengiyakan. terus kejut seisi rumah bangun baca yasin - panggil orang kampung datang tengok.
  • hari ni dari pagi orang x berhenti datang. keadaan mok makin tenat. dia bernafas perlahan. tangan masih sejuk membeku. yaasin masih bergema. air mata ? x payah cerita. 
  • 630 petang. aku perasan mok bernafas lain macam. tarik-lepas nafas mok seakan payah dan kuat bunyinya. tarik panjang - lepas sekali gus. jeda pon selang 2 3 saat. 
  • selain anak cucu mok, yang ada masa tu anak sedara mok, mek Esah - yang paling dipercayai untuk kami bergantung harap. 
  • masa tu mok tak dibiarkan sendiri.  telinga mok berkali kali didengarkan syahadah. anak cucu amik tempat keliling tilam mok lepas selesai maghrib.
  • sekujur badan umi terbaring sebelah mok. aku disebelah umi, jadi kedudukan aku jauh sikit dari mok. 
  • makin berat. setiap orang perhati hela nafas mok yang semakin penat. yaasin diteruskan. pada masa yang sama syahadah tidak sunyi didengarkan di telinga mok. masa tu perasaan aku membuak buak. rasa nak kucup dahi mok. sangat sangat. tapi aku tak buat. sebab jauh duduknya. 
  • abuya main peranan ketua keluarga. syahadah dipanjangkan di telinga kiri mok - semakin kerap. sehingga mok hembuskan nafas terakhir. semua orang tengok. mok hembus - dan tak disusuli tarik nafas seterusnya. terkejut.
  • "x ada dah ni kan"? - soal abuya kemudian diiyakan. Allahu. 
  • laju dan kuat irama esak tangis anak cucu mok. 
  • syahdu. satu rasa sedih yang paling sedih. satu satu kenangan muncul dari kotak minda.
  • aku tak berlama melayan sedih air mata. yang lain pon. sebab ada mek esah, serba serbi dia tunjuk apa perlu buat.
  • khidmat akhir kami malam itu buat mok - tutupkan mata mok rapat rapat, silangkan tangan kanan atas kiri, ikat kaki bagi rapat,  ikat dagu mok takut mulut terbuka, sapu kening mok dengan minyak zaitun (yg ni acik buat, dan aku tak tau kenapa ) cabut tiub, buang pampers, ganti cadar.  
  • disusuli dengan datangnya tetamu ziarah malam tu. syukur - aku tak terlalu melayan sedih. esak tangis sedaya aku tahan. cuma air mata laju berjalan.


    urusan pengkebumian esoknya lancar. alhamdulillah, yang mandikan mok, siapkan persalinan kafan, iring jenazah ke liang lahad, semua dari anak cucu mok.

    dengan doa semoga mok bergembira di kampung baru. mok boleh jumpa ayoh. dan lain lain sedara mok yang dah lama di kampung tu.  

yah mungkin bukan cucu yang baik untuk mok. mok sendiri tahu dan mengaku mok takut dengan yah sebab yah garang. yah tak garang mok, cuma yah mulut lepas jah kadang-kadang. tapi kalau la mok tahu, seminggu mok sakit, yah ikhlas tolong mok. yah x tinggi suara pon dengan mok. tiap kali tukar pampers, yah mintak izin dulu - sebab masa mok sihat mok selalu kata yah gatal, suka selak kain orang. tu cara yah bergurau dengan mok, tapi mok salah paham. yah puas hati boleh jaga mok sampai akhir hayat mok. yah harap kalau la mok tahu yah jaga mok - mok x akan takut lagi dengan yah, dan hargai pengorbanan yah. yah doa harap mok hembus nafas dalam keadaan baik - alhamdulillah. Allah jemput mok dalam keadaan yang mulia. 

yah dah redhakan mok. harap mok redhakan yah jugak. jumpa di sana. 

alfatihah.

No comments:

Post a Comment