usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Monday 19 June 2017

POSTING



* ditulis pada 6 ramadhan

Bismillah. 

Esok 7 Ramadhan. 

Rahmat ramadhan bercurahan sekarang.
aku dapat update ni pun dikira rahmat jugak atau apakah?
Kahkah. 

Mata tak buleh pejam. So macam biasa, terjahan episod throwback wajib singgah bila mata terkebil-kebil dengan tangan menggaru garu sana sini alamat tak buleh tido.

Maka ceritanya semestinya pasal episod posting.
Sudah sebulan ye ceritanya. 

*** 

Dapat landmark Klang memang tak pernah terlintas sedikit pon. Aku akui, kebergantungan yang maha tinggi dan yakin pada kabel tu antara sebab expectation aku untuk dapat Gombak adalah turut sama tinggi. Tapi tu la – apabila kabel pon ala ala sahaja antara mahu dengan tidak mahu membantu – maka sepatutnya aku dah ready mental fizikal untuk dicampak ke mana sahaja hatta ke Hulu Langat sekalipun.
Maka apa jadi ? drama. Drama Ramadhan atau drama murahan atau drama klise masyarakat Melayu. Feel free to label. 

Kau tahu apa rasa aku menangis dalam dewan saat yang lain terkinja kinja bahagia mencari pasangan satu daerah?
Grup whatsapp berdentum dentam masuk laju – masing mencari kawan sesekolah.
kawan maktab menghampiri bertanya – dapat mana dapat mana?
tak kurang ada yang berpeluk sakan melafazkan syukur dapat duk dekat dekat. 

Allahu. 

Meraba aku cari fon. Call abg. X banyak boleh cakap. Dah infom whtsapp family aku dapat Klang – maka on the fon dgn abg, x banyak perlu aku ulas. Cuma secara serius diselangi esak dalam aku tanya – yah nak kena jumpa sapa pulak ni?
Okay sebelum tu sebenarnya aku dah jumpa dengan pegawai JPN. Iya. Kau rasa apa keputusannya. sebab aku jarang bawak tuah. So bila berseorangan pon aku biasa menanggung malang sendiri. Dilayan tak layan. 2 3 orang servis bertukar tangan. Hingga akhirnya menitik jugak – di hadapan pegawai bernama Puan Roslina. Aku terima baik saranan dia. Katanya – buat surat tunjuk sebab dan bawa ke bahagian penempatan di JPN. Aku kemudian berundur akur. 

Malu. Satu perasaan sahaja. Malu yang teramat sehingga untuk beberapa ketika dalam kerumunan manusia ramai dalam dewan, aku mencari sudut tepi dinding. Mengadap sahaja ke dinding menangis, supaya manusia di belakang tak nampak aku tengah berdrama.

Then lepas tu baru aku call abg. 

buat kalut kalut macam panggilan penting sambil kaki laju melangkah keluar dewan.
dalam kepala aku cuma nak masuk kereta – nak bincang dalam dalam apa patut aku buat.

bersebabkan kalut itu – aku tak jumpa siapa pon kawan maktab. Hatta rasyidah sekalipun yg sebelumnya duk sebelah je time taklimat. Dengan air mata tak berhenti – apa kau rasa masih layak ke aku nak babai secara proper pada kawan ? yang selisih kat tangga pon aku buat x nampak. 

Benda pertama aku perlu buat – lapor diri di sekolah. Itu saranan team JPN. Entah. Betul ke itu prosedur atau sengaja dia menjebakkan aku supaya aku kekal disitu. Aku pergi tanpa banyak soal. Bila dah lapor diri bermakna aku dah pon secara rasmi mendaftar jadi warga SKBU. Begitu la secara sistem nya kan? 

Silap aku jugak. Terlalu bersangka manusia baik – aku mengharapkan pula pegawai JPN yang aku tak kenal pon batang hidung – akan membantu aku pindah ke Gombak atas dasar budi bicara setelah aku membawa bukti yang kukuh.
Terlalu yakin. 

Esoknya – usai di sekolah (tiada apa berlaku, cuma menyapa guru penolong kanan) , berkejar pulak pergi JPN. Bawak surat jumpa kerani jaga kaunter. Entah – dia kerek atau dia sekadar tukang angkat telefon yang hanya tahu angkat telefon dan tak tahu apa apa selain angkat telefon sahaja. Damn ! semua soalan dibalas dengan tak tahu.
Aku mencari Puan Roslina. Pegawai bahagian penempatan. 

Memang tak dapat la. Kalau kau semata mata kau sahaja – naik JPN nak jumpa pegawai , tanpa sebarang connection dengan orang berpangkat , taraf kau cuma sekadar anjing jalanan sahaja. Dilayan tak layan. Cuba ke sana kalau kau juga mahu rasa apa aku rasa. Syaratnya – kau seorang tanpa kuasa orang berkuasa.
Tidak berhenti setakat JPN. Aku masih ada keinginan, masih bersemangat mahu mengemis menjual air muka. 

Tanpa rehat – dari Shah Alam aku dan abg ke Putrajaya. Ke KPM. Gila. Ya, aku pun rasa aku gila. Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk naik berjumpa golongan atasan ni. Bukan retorik bukan rekaan – sepanjang jalan – sekeping surat yang aku taip semalam aku baca berkali kali. Sebab segala alasan dah aku bebel dalam 2 3 rangkap alasan yang bukan direka. Belakang sekali aku letak gambar umi terbaring. Sebelumnya ada salinan ic dan laporan perubatan umi. Bukan mengemis, sebab itu hakikat. Aku yakin – kalau betul manusia itu punya hati perut, dia masih mahu membantu aku yang pada saat itu cukup terdesak. 

Di KPM – aku bukan lagi anjing. Kau tahu kenapa? Ada kawan acik yang dari ground floor menunggu – secara teknikalnya dia yang seolah papah kami berjalan sampai la dapat jumpa pegawai KPM. Pegawai KPM kot. See? Miracle kan. Miracle bila kau ada kabel. Itu yang aku nak highlight. Tak lama menunggu – dalam setengah jam je dah boleh jumpa ngan pegawai. 

Aku tak sempat berair mata – sebab salurannya bukan KPM, tapi tetap JPN. Yang dia pulak – dok paham aku nak pindah Kelantan. X apelah. Yang penting aku dah berjaya jual muka pada orang yang salah. Dia mintak ic. Entah apa dia nak buat. Atau sekadar nak menyejukkan dan menenangkan aku konon ada tindakan yang akan dia usahakan. 

Palsu. Mungkin itu juga strategi yang selama ini biasa digunapakai.
Selesai di KPM, kami balik. Masih ada satu cara – aku kena jumpa jugak dengan Puan Roslina dalam tempoh 2 3 hari ni. Berkali kali call petang tu jugak – x dapat dapat. X ape – aku akan call sampai dapat esoknya pulak. 

Selesai di KPM – singgah Bangi jap, then ke Ampang. Angkut segala baju baju dan balik ke rumah sewa. Tak banyak aku tahu pasal rumah sewa. Semua atas baiknya Shera dan Huda mencari rumah sewa tanpa aku ambil tahu sedikit pun. Mahal pun mahal la. Dah tak da masa.

Hari Khamis 4 Mei.

Aku dah putuskan ni ikhtiar terakhir aku. Lepas ni apa jadi pun aku malas nak amik tahu dan just go with the flow. Dari jam 8 – 8.30 – hingga ke panggilan ketiga, baru aku dapat bercakap dengan Puan Roslina. Rupanya – yang sarankan aku lapor diri di sekolah, buat surat, datang ke JPN - itu bukan Puan Roslina. Aku mati mati ingat pompuan pegawai JPN tu Puan Roslina. Hanya aku yang dalam angan membina figura wanita tu sebagai Puan Roslina. Sehingga aku yakin seolahnya “Puan Roslina” yang bersembang waktu pendaftaran tu malaikat penyelamat aku. 

Tiada apa boleh aku buat. Sekadar berbasa basi dalam telefon dan dia dengan tegasnya – tetap mengatakan tidak pada apa jua alasan berkaitan pertukaran penempatan. Muktamad. Masih aku mencuba – Puan dah tengok belum surat saya? – Belum.  - Cukuplah Puan, sampai sini je la ikhtiar saya. Surat saya tu pun, abaikan jela, dah puan kata ia tak merubah apa apa. Di akhir kata dia cakap - cuba mintak tukar tahun depan.

Haha. Basi dah. Aku dah tawar hati. 

Ringkas aku maklum pada keluarga – pade doh la, ikhtiar yah sapa sini jah. Kot kot mano pon xleh tukar. Cukup cukuplah cari kabel ko gapo.
Berakhir dengan aku left group – sebab soalan bertubi tubi dan aku rasa aku akan kurang ajar kalau aku terus melayan soalan soalan itu.
-          Okay cukuplah. Entry kali ni aku tak mampu nak bagi kata positif. Cukup sekadar luahan. Sambungan positif ada – tapi x tau entry bila pulak.

No comments:

Post a Comment