usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 20 May 2016

Unsung Hero

bismillah.

unsung hero - atau melayu sebut sebagai ; wira tak didendang.

wira yang buat macam-macam, yang padanya dah banyak pengorbanan yang dia buat untuk sesorang/sesuatu.

tapi, orang tak nampak pengorbanan yang dia buat, malah tak hiraukan pon.

ada, tiada . sama saja ~

that is the best word to describe fenomena unsung heroes ni aku rasa.

*********
sebab jiwa dan raga aku ni xdelah kebal mana. maka ada la sesetengah benda tu, yang bila kena je atas batang hidung aku, terus aku menggelupur x senang duduk.
 
hai !

btw, im saying hi again. menyambung kembali tulisan pasal unsung heroes ni pd hr ni 21/5. sebab hari tu nasib tak baik. bebel panjang 4 ekar, sekali connection lost, musnah ranap habis karya carut aku. 

still get in the mood aku rasa, feeling hari ni hampir sama macam hari tu. tapi tak menyengat mana -

im not saying that have a feeling of being unsung heroes ni seolah nye kemaruk mahu penghargaan orang.

on my view, kebanyakan manusia dalam dunia ni punya common sense.

buat baik , balasnya - penghargaan.
buat jahat - hukuman.
ramah - ramai kawan
diam - 2 3 orang kawan, tapi rapat
pemurah - rezeki murah
kedekut - esok-esok tuhan balas

n so on yang rata-rata, bila keluar je satu statement, respon setiap orang adalah hampir sama. that's common sense =)

back to the topic.

is it worth bila kau buat baik pada orang, sedang pada orang itu - apa yang kau buat tu takde ape pn ade dia?
bahagianya perasaan kau buat sesuatu dengan niat suci molek nak hulurkan bantuan, padahal kerja buat kau langsung tak dianggap sebagai pertolongan.
ikhlasnya kau x berkira soal duit when it comes to orang rapat, tapi bila kena pada kau - dihitungnya satu persatu.

is it worth?

sebab aku berhadapan dengan situasi begini. rasanya pedih amat woi.
HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.

buatlah serba serbi pon, tetap jugak dia tak rasa kita ni meringankan -

entahlah. im not get in the mode.

ok lah aku stop sini je . bai Salam.

Sunday, 6 March 2016

praktikum again.

assalamualaikum.

awwalul kalam., bismillah.

berkurun tidak menjengah di sini. faktor kekangan masa, juga kekangan connection.
menyedihkan betul keberadaan di EA9.

sekarang ni tengah menunggu queue japgi kena masuk kelas jaga budak exam.
ohho. lupa nak hupdate - sekarang dah praktikum fasa 3. fasa akhir ye, akhir.
di SK Mentera.

so far, tak de benda yang boleh aku stresskan dengan keadaan di mentewa ni.
seriously, macam xde benda nak dibebelkan. kah.
bagusnya mentewa ni,. recommended lah kalo sape nak praktikum di sini.

oke.wordless.
bila singgah tanpa perasaan, ni la jadinya.
tepu. xde lintasan nak menaip ye~

ok. semoga nanti ada harinya aku stress. dan connection pon masa tu harapnya ada.

rindu nak menaip dipengaruhi emosi.

wahahah''

p/s : persiapan bekwoh haq in progress. counting 17.3.2016

Saturday, 16 January 2016

bae, masa kan berjalan?

bismillah.

alhamdulillah ala kulli hal.
sudah menjengah ke tahun 2016.
post pertama utk tahun ni.

semoga - tahun ini baik-baik saja.

semoga momentum untuk berubah jadi yang lebih baik - Allah kekalkan.
bahkan lagi baik jika digandakan.
semoga apa yg aku lakukan sekarang kekal sampai pejam mata la hendaknya.
yang ni serius kena selalu doa.
sebab nak berubah mudah je.
nak istiqamah tu payah.
kan?

baik.

masa berjalan. sesaat tak tunggu kita.

kini - dah sampai masa untuk aku left group.
haha. tangan skang ni gatal sungguh rasa nak left group.
tapi sabarlah - diinvite dengan cara baik.
maka nak blah pon kena la dengan penuh adab tertib jugak kan.
sabar. nati diorang remove. kekeke

memandangkan dah final year finally.
means bukan semata final year 4 tahun mengaji PISMP.
final jugak untuk - KeSaS,  untuk PIM.

bila dah tak lagi bersama orang kuat KeSaS. maka rasanya aku ni macam melukut di tepi gantang. haha. tengok orang bincang pum pang pum pang dalam group, walhal mereka tak memaksudkan kita pon. wahaha. aku rasa macam oh - motif nye apa aku dk baca dorang nyembang?

di UMM sendiri pun. Alhamdulillah. lawan jugak demam hari tu semata nak g meeting.
meeting akhir untuk aku maklumkan penjatuhan jawatan.
haha.
alhamdulillah. UMM taun ni nampaknya dihuni oleh ahli yang nampaknya boleh komit.
alhamdulillah again.

baik. nampak tak?
final year ni menjadikan segalanya berkenaan maktab adalah - final.

nampak gaya, tahun kesedihan aku la kot 2016 ni.
tahun layan perasaan . haha

semoga tak meroyan~

tata. salamualaykum.

Friday, 18 December 2015

bukan senang tanggung sorang~

bismillah.

sekalipun rasa nak mencarut, tetap kena bismillah jugak. ahaha.

macam biasa. pencegah darah tinggi, so kita singgah sini, buang dulu darah kotor pikiran kotor perasaan kotor. takut lagi disimpan di hati, lagi tertanam perasaan busuk tu.

salah aku. eh. kurangnya aku, lemahnya aku. sebab aku ni bukan jenis tahan bila dihambur depan-depan. tak banyak sangat kekentalan yang ada dalam diri aku ni. tambah plak, bila yang menghambur tu mak bapak sendiri. lagi la tewas pada perasaan.

sebab apa taw? - kalau dengan mak bapak, aku xde peluang nak defend diri sendiri.

defend bermaksud bela diri. bela diri caranya dengan menjawab. menjawab maksudnya berdosa. bila dh berdosa, derhaka lah aku, kan? dan aku taknak.

makanya, biar aku derhaka dekat blog ni je.

benda bukan sekali dua jadi. dah banyak kali. dan dah banyak aku telan. dan aku baru perasan - sebagaimana betulnya telahan meksi - yg aku ni jenis yg pendam sekor2. pastu bila dah x tertahan, mula hambur sesedap hati.

haih. personaliti mana nih perangai buruk kemahen.

MASAK - bukan prioriti aku. bukan pesen aku masuk dapur masak lauk macam-macam bagi orang makan. bukan pesen aku basuh pinggan, periuk belanga, buang sisa sampailah lap dapur sampai berkilat lip lap. bukan prioriti ye..kerja-kerja wanita ni bukan passion bagi aku.

tapi itu dulu. dulu dan sebelum umi sakit. dulu dan sebelum aku gigih try macam-macam resepi. dulu dan sebelum aku rasa rimas kalau kawasan dapur berair.

sekarang - keadaan merubah segala. segala benda ni aku KENA take over bukan lepas umi sakit, tapi lepas kakak aku keja di luar.

gigihnya aku bila kena paksa diri ke dapur. kena kenal dengan segala macam rempah ratus. kena tahu beza halia, lengkuas, kantan, kesom. kena sental hitamnya bontot kuali tanpa harap orang lain tolong buat. sebab apa - sebab hanya aku yg ada. sebab kalau bukan aku buat - xkan ada orang buat.

that is how im trying to leave the bad me - dan jadi perempuan yang macam perempuan.

atas rasa tanggungjawab sebagai anak perempuan - aku blaja masak. ingat lagi masa awal-awal paksa diri masak, masuk dapur je, terus mood aku lari. dari boleh gelak-gelak, terus muncung. sebab langsung tak yakin banyak mana kena cekau semua bahan masak tu. payah. sebab aku take over mendadak. take over pulak - dari orang yang dah memang ahli memasak - jadi boleh faham tak macam mana tahap berdebar + tak yakin + takut makanan tu x sedap, bila nak hidang makanan tu bagi satu fmly makan?

atas sebab tu, aku cari inisiatif lain. sebab aku tahu aku tak kental nak hadap kritikan orang pasal lauk yg aku masak.

maka, aku buat keputusan masak makanan yang jarang / x pernah kakak aku masak. sudahnya, makanan tu banyak unsur moden la. dan nyata, makanan tu lagi payah nak kena dengan tekak manusia dalam rumah aku.

dan - sangatlah jarang nak dengar pujian -- sedapnyoooo yah masok!.. -sangat jarang.

cuma yg cukup bg motivasi kat aku - diorang x kritik, makan je apa aku hidang. sebab makanan tu kan jarang dibuat - jd dorang tak tahu rasa sebenar makanan tu.

masa terus berlalu . dan sekarang, boleh kata keyakinan aku nak memasak dah meningkat sikit. xde la sampai tahap gabra bila kurang bahan. hadap saja - mana yang ada kita pakai, yang xde biarkan.

aku mula nak try masak masakan kampung. ya. masakan legend. yang pakai santan, rempah ratus, bahan hidup - kunyit, tempoyak, lengkuas, serai. yang guna ikan besar-besar.  mati! bagi aku memang sangatlah mencabar.

tapi aku buat - sebab dah jemu hadap tumis, 3 rasa, black pepper, paprik.

tapi macam yang aku jangka. pasti ada kritikan bila masak masakan kampung.
dan x sangka - kritikan tu terbawak-bawak walaupun aku masak lauk moden.

sedih . oke yang atas tu aku bebel panjang-panjang - sebenarnya nak cakap sedih je.

Abuya yang dulunya makan je makanan sedap ke tak, sekarang dah mula komplen.
kalau dulu aku abuya sangat defensive bekap aku bila orang gelakkn masakan aku - tapi sekarang buya sendiri yg jadik juri.

alahai. rapuh sungguh hatiku.

bertambah-tambah rapuh bila aku dengan kakak di dapur. bawak keluar satu talam penuh makanan.

then Abuya ramah menegur - ooo sedap kak masok!..
-- kak kata - adikyah buat ni buya

petanda - dia tak pernah expect aku masak makanan sedap-sedap.

terlebih - terkurang masin  - nasik keras / lembik =  dah macam zikir. 

adanya kakak di rumah bermaksud - dapur tu milik dia. konsep yg aku sendiri letak. bukan dia larang ke apa, tapi memang aku sendiri yg malas nk campur bila dia masak. aku seronok dia balik - sebab boleh aku belajar lagi banyak.

tapi melihatkan keterujaan abuya , umi bila makan makanan kak buat, dengan pujinya lagi - ibaratnya umi abuya kebulur time aku kat rumah.

siyesli. sangat rasa down. macam makin malas dah nak masak. biar je la aku fokus buat pastri tu.

bukan saja nak provok, tapi sebab benda ni jadik berulang-ulang , jadi aku rasa tak gagah tanggung sorang-sorang.

salamualaykum.

p/s : kak, kalau kak terasa, yah mintak maaf. i just cant tell you directly. but blogs can. bukan salah kak. yah salah sebab tak kuat . ehem

Sunday, 27 September 2015

praktikum fasa 2, done!

bismillah.

coretan akhir cikgu praktikal pencen. tamat dah tempoh perkhidmatan fasa 2 ni.
haha. amat bahagia okay. so, sekadar gambar ya.

banyak sebenarnya cerita pasal deme ni. tapi. tapi. tapi. nak taip satu-satu rasanya kurang rajin.

ni gambar budak besar. anak murid kandung. dari sem lepas lagi ajar kelas deme ni. 5P2. paling bahagia bila aku takde kot. ahaha. 












oke. yg ni plak versi budak kecik. anak murid tiri. haha. baru sem ni ngaja dorang. 2 bulan yang penuuuh kisah tragis. padahal jumpa seminggu sekali je. dahsyat. deme ni sebenarnya eksperimen high risk. sayonara anak-anak 2P. 








oke settle. the warm goodbye wish - 
i love all of u.
u're precious just the way u are. 
till we meet again.
semoga membesar menjadi manusia berguna. 
insyaallah. kalian tersenarai dalam doa~


payah oi payah~


Kalau ikut rasa, ikut hati. Memang. Semua benda rasa x cukup. Mesti rasa orang je lebih, kita ni serba takde. Yang cantik, pandai, bahagia, berharta, berjawatan – semua orang dapat. Yang kita ni, selalu terkebawah. Selalu wujudkan persoalan pada tuhan mengapa kita x dapat macam dia.

Haih. Sedar. Memang sedar ni penyakit hati. Suka mengeluh, tak bleh tengok orang lebih, rasa x cukup dengan apa yang dah tuhan bagi, rasa tercabar dengan orang. Semua ni ada dalam diri. Berkecamuk bercampur baur. Daripada ni semua, satu frasa je yang boleh describe – x reti bersyukur.

Padahal. Tuhan tak pernah kedekut pon bagi apa – apa, Cuma kau tu yang ak pernah rasa cukup dgn apa yang dia bagi. Sudah-sudah lah ternak perasaan tamak tu., semua benda kau nak. Xpadan dengan bagaimana kau layan Allah. Sesekali, eh tak. Setiap kali, kau kena Tanya balik diri kau. Apa je yang kau buat sampaikan kau rasa kau layak nak mintak allah makbulkan semua permintaan kau? Alah. Ciput sangat. Bab ibadat, bab ingat tuhan, kau berkira sangat. Bila allah tak bagi apa kau mintak, mindset kau pulak kata allah tak sayang kau. alahai. Blaming others is a very easy and pleasant thing to do meh!

Macamana tah, nak bagi hati ni kebal. Bagi hati ni sentiasa sangka baik ngan Allah. Penat jugak nak kena pujuk hati sangka baik ngan Allah tiap kali time setan berbisik menghasut. Banyak sangat dah ruang-ruang yg kau sendiri bukak sampaikan senang sangat setan nk tackle kau. aihh.


*Rasa nak tumbuk diri sendiri sampai lebam, sampai insap!*

Sunday, 23 August 2015

Fasa 2 . 2 bulan.

bismillah.

Assalamualaikum.

seperti sebelum ini, musim praktikum maksudnya musim aku letak blog jauh-jauh. bukan sebab taknak menaip. tapi lebih kepada kekangan masa dan kuasa. kuasa? otak kurang berkuasa nak organize 4 5 benda dalam satu masa. hekk~

memandangkan rph untuk esok dah siap. jadi, menyinggah la kita di sini.

apa je yang boleh aku ceritakan pasal praktikum fasa 2 ni? entah. kosong. buat masa sekarang x rasa bercakap pasal praktikum tu satu prioriti. sebab ada benda lain lagi kuat control palaotak aku ni. haha

but. untuk praktikum. the most highlighted part is. dah habis sebulan praktikum!. yihaa ^^
another one month left. strong. keep qawiy !

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

okeh. pindah topik.

nak kata sakit hati lagi tu, macam tak. sebab malas nak simpan lama-lama kan. tapi masih terrngiang-ngiang ayat tu, tu yang jadi ingat satu-satu. huhu

seorang mamat . yang bagi dia umur dia dah cukup matang untuk kenal segala bentuk perangai manusia. dia hanya interpret manusia just by look.

he said ; saudari ni kalau orang lain tengok mesti ingat awak baik, jjuruh, pakai tudung labuh.. tapi bg saya awak ni biasa jah. kecek pon kasar. gelak kuat.

haa. something like that lah. directly he said to me. kalau kamu? apa rasa?

erghh..

satu persoalan timbul dalam kepala aku lepas dia cakap camtu;

.......orang yang mulut bising, gelak kuat, cakap lepas... x layak ke pakai tudung labuh? tudung tutup dada? tutup syarat? ikut syariat? .....

kalau begitu tafsiran dia melalui pakaian, aku rasa muslimah-muslimah yang pakai tutup aurat kat luar nun ramai la yang kena selak tudung bagi singkat. dah kata x layak? dah kata yang labuh-labuh tu untuk orang sopan je? am i wrong?

aku sendiri tercampak dalam situasi macam ni. kawan-kawan aku, semua pakai cukup syarat. tapi most of them gila-gila. ye, cakap lepas dan gelak kuat. dan aku pon macam tu la. dah terbiasa dengan perangai gila tu. sama je, kat sini ke kat rumah, memang begitu la pesennya. sampaikan kalo aku senyap dan gelak malu-malu, tanda aku kurang selesa dengan situasi tu.

jadi. pada mata kau , mungkin - " eh,perangai.. x padan pakai tudung labuh..."

ibaratnya - orang baik dan sopan je boleh pakai tutup aurat.

bro. tuntutan tu tuntutan. hukum tetapkan macam tu. islam nak macam tu.

yang bab bising, gelak kuat ape sume berkaitan adab tu, x boleh ke kalau pandang - orang tu just being herself. macam la kau xde pe'el buruk. human is not perfect la. jangan disamakan bab pakaian dengan adab. 2 benda tu berbeza bro.

aku pon. bukan dengan semua orang aku boleh gelak kuat, cakap apa saja aku nak cakap. aku ingatkan , aku dekat dengan kau, aku share benda dengan kau, kau boleh terima seadanya aku. sebab dengan kau aku rasa selesa.

tapi silap la telahan aku. aku jadi diri aku, then kau pulak cakap macam tu. seolahnya engkau lagi suka kenal seseorang dengan perangai palsu dia. perangai yang baik. tapi palsu. .

xpelah. mungkin begitu "baik" pada tafsiran kau. pakai labuh, cakap sopan.

so then, benda lain yang patut kau perhati jugak, kau letak laa tepi. just elaborate those two things~

menegur kau tu tidak kena cara bro ~ u lost my respect.

salam sebulan lagi praktikum ~