usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 11 May 2015

UMM's Day Out

Bismillah..

syukur ya Tuhan, Syukur.. Alhamdulillah.

tak banyak pon rasanya kalau nak cakap pasal perasaan. yang banyak dan tak terluah pastinya kelegaan, kepuasan, kesyukuran ,,, ke---- apa lagi?

ha yela, something like that. ngee~~

sekali kita dimark untuk menggalas amanah, pikullah sebaik mungkin. xyah lihat amanah sebagai beban, tapi anggap ia tanggungjawab, dan kita lah paling banyak autoriti atas jatuh bangun barang amanah kita tu.

so, bring it well.

UMM's Day Out
10/5/2015
Pantai Senok


baru sampaii~~


port klasik~

amende yang aku berdebor sampai gambar gegar cani. 
halaahh

tapi, cam cantik pulak efek die. ngehngeh


group picture. is not complete yet.


nah complete 11 orang pergi!

pergi pantai nak blaja shoot la kekdahnya, 
11 kepala, tumpang satu kamera. 
hmmm... hmmmmm...

takdenyee nak gilir sorang-sorang. kalau buat pon sebab aku je paksa suh pegang.
haha


mianhe budak-budak.
kerja ngan korang best!! ~~

tata ^^


Saturday, 9 May 2015

X paham sampai sekarang weyh~

bismillah..

menghabiskan study week di rumah.. semester 5  dah oi sekarang. baru je habes praktikum.

TAPI . langsung takde nafsu nak bercakap pasal praktikum. hahaha

masa tengah berak tadi. oke x sopan. masa kt bilik air tadi, xtaw la pasaipa tetiba aku teringat kisah masa hari terakhir usrah aku bersama kumpulan usrah pertama aku, bersama naqibah pertama aku di ipgkkb. nah, sanad panjang kemahen.

teringat pon bersebab. sebabnye akak naqibah tersebut dah disunting.  oleh sape? classmate aku. matpang. akan berkahwin xlame lagi dah.

barakallah. moga dipermudahkan urusan kalian.

kejadian berlaku di surau asrama blok a. tahun bila2,, mungkin 2011/2012. usrah hari tu kira buat macam farewell la kekdahnya. kami diberitahu oleh naqibah, usrah hari tu adalah usrah widak. terakhir la bahasa mudahnya. tapi, pergi menonong je.. pasaipa terakhir, pon x tau. sebabkan kamiorang ni mad'u yang toat wa tawaddhuk, makaa turutkan lah sajo keinginan mereka.

maka bermulalah usrah tersebut. bla bla bla akak naqibah bercakap. then dia cakap, ni usrah terakhir kami semua. (aku tak ingat la usrah ni ade nama ke tak. macam xde. xpon aku x ingat).. yang mana ahli-ahli usrahnya boleh dikatakan majoriti budak kelas aku, budak kelas pa2, yang terkenal dengan ketololan- terkenal dengan x macam ustazah- terkenal dengan budak gila-gila..

bla bla bla lagi. pehtu dia kata, usrah kita akan dirombak~ ngeeeee. terkejut la wei. dah kenapaaa..? kan.

sambung dia lagi.. bukan usrah kita je, semua usrah dirombak. ada yang kekal dengan usrah lama, ada yang akan dtransfer ke usrah lain. naqib dan naqibah juga akan diganti. toat je kami dengar.

sampai lah, dia lontarkan pada kami..."apa perasaan adik-adik sepanjang berada dalam usrah ni. akak nak adik bagi komentar sejujurrnya... kita bincang ramai"..

disuruhnya sorang-sorang bercakap.

kalau x silap, aku kena cakap mula-mula sekali. stended aa kan, bila benda-benda nak berpisah camni, akan cakap somthing like mintak maaf salah silap. terima kasih atas kejasama, then perasaan gumbira sepanjang berada dalam usrah. penambah rasa dengan sedu sedan bagai.

lepas tu 2 3 orang jugak bagi komentar sama macam aku. dah namanya nak berpisah, nak cakap ape lagi..?

dengan tak semena-mena dia ter-emo, dia stopkan giliran sorang demi sorang tu. then dia cakap.."akak bukan nak dengar apa yang awak rasa, ... akan nak tahu apa perasaan awak bila tahu jadi camni...faham tak?"... ~dengan nada yang sebak, plus sedikit menekan dan meninggi suara.

aku tak dapat terjemahkan perasaan dia masa tu macamana, marah kitorang ke? ke sedih nak berpisah?

sampailah.. sampai giliran kawan aku yang terkenal dengan lantang bersuara.

satu satu dia cakap. senang citer, dia cakap tak puas hati dengan organisasi tu sebab tak tau ape motip nak kena pecah-pecahkan kitorang. padahal kitorang hidup dengan gembira kot dalam usrah tu.

----mungkin tu la jawapan yang dia nak ----

dan lepas tu, bermulalah episod mereka mark kawan aku ni. ibarat senyum tapi sinis, ibarat gelak tapi palsu. ini, apa yang diceritakan kawan aku. bermula hari tu, sampailah sekarang, kawan aku ni x boleh ikut rentak akak-akak tu. dan organisasi tu sendiri.

lepas hari tu. aku dicampak ke usrah lain. dengan dua orang akak, TOOOtt* dan TooooTT*... kemudian ditukar lagi semester berikutnya dengan *tooottt dan *toooTT... ahli-ahli usrah pon silih ganti. pelbagai perkongsian, pelbagai aktiviti, pelbagai tempat..

tapi.

hingga saat ini, aku tak rasa dah nikmatnya usrah. macam aku rasa macam usrah pertama dulu - usrah tak ingat nama.

takde lagi dah.

Saturday, 21 March 2015

second nephew!

bismillah.

dah dapat anak buah kedua weyh~

bukannye semalam lahir.. budak tu pon dah genap sebulan dah, tak tau la aku ni sibuk mende sampai x update keadaan semasa.. heheh.. penting ke nak update? penting kee..?? haaahh? *xmarah, panas line jahhhhh* haha


oke. ni ha, perkenalkan, Wan Ahmad Uwais bin Wan Mohd Rafiin.. baby boy lahir 3.9 kg! dasyat x? haha.. rezeki aku, dia lahir masa kebetulan aku g kl, so bleh la terus lawat die.. comey angat ank sedara cheq sue ni!











membesar jadi anak soleh ye sayang!
sihat-sihat selaluuu...
=)

Saturday, 14 March 2015

Kem Tahsin Solat SMK Long Ghafar

bismillah..

alhamdulillah 'ala kulli haal..

syukur Allah, atas nikmat umur yang kau panjangkan sehingga ke hari ni,
syukur Allah, atas nikmat sihat yang aku rasa hari ini,
syukur Allah, atas peluang dan masa lapang yang kau peruntukkan untukku hari ini,
syukur Allah kerana  engkau campakkan mawar cinta, kasih sayang ini sesama makhluk ciptaannmu

ALHAMDULILLAH.

baik. dengan tibe-tibe post ibarat seorang solehah. heheh. amiin, mudah-mudahan Allah perkenankan impian aku jadik solehah, solehah in my way, not copycat others' solehah.

just ending a 3 day Kem Tahsin Solat - SMK Long Ghafar di IPP Machang. masih terbayang suasana di sana, masih terngiang kecoh di sana, masih berlegar dalam kepala tekanan di sana. segalanya masih dan masih. masih rindu pada adik-adik mad'u, putera puteri soleh solehah insyaallah.. =)

peruntukan masa 3 hari tu rasanya tak cukup untuk men-tahsin-kan solat adik-adik. sekali gus mentahsinkan solat aku jugak, menambah ilmu Allah yang sangat luas. baik. ni sekadar nak berkongsi pengalaman.

kitorang 17 org fas datang ke kem ni, bukan untuk suka-suka memberi arahan, menyuruh itu ini kat adik-adik. tak, sebaliknya ktorang datang membawa satu amanah yang sangat berat. tugas dakwah ibarat terjatuh atas bahu kami. huuhh,. siyes cakap, aku paling berdebar dan takut kalau bab-bab nak dakwah orang ni. sebabnya, mengenangkan keadaan diri pon, masih tidak layak bergelar mukmin. Allahu..

tapi, xde masalah, sebab dokongan dan sokongan selalu je ade dari fasi lain, cam dayah, ayah hey, k,.ruby.. alhamdulillah.  cakap hati ke hati senanya lagi senang nak bagi kesedaran kat orang.
aku just cuba menyampaikan dengan cara yang baik, aku cuba, walaupun aku senirik pon lemah bab-bab bcakap ni. benda yang aku sentiasa pegang, "yang pegang hati manusia adalah Allah". sampaikan je apa yang perlu, jangan mengharapkan 360 transformasi mendadak dalam kalangan mad'u.. insyaallah, sikit sebanyak ada la jugak yang melekat dalam hati dorang. insyaallah..

sepanjang program 


alia. katanya minat kucing sama cam aku =)





ezzatul. boleh jadi geng photog. heheheh


aliah, mia, ain.. missing *yasmin. mianhae


junior kite, hayat ngn sya =)

benda yg aku terkilan, x sempat nk bagi last word yang bermakna kat dorang. xsempat nak mntak maaf n so on. sebab kekangan masa jugak sebenarnya. tapi alhamdulillah, buat masa sekarang ni dh contact thru wasap. harap istiqamah semuanya ya =)

together we pray the best !

Friday, 27 February 2015

amali Fotografi di Perak

bismillah.

throwback kingkong =P .


yg kat depan ni memang selalu eksyen cantu . 

malas weh nak letak caption. haha. 

seronok masa ni, semua orang enjoy dan semua orang happy. 
walaupun dalam kamera aku sendiri tak banyak pon gambar aku, tapi seeing them happy makes me feel the happiness too. 

kitorang pergi kat 

- taman tasik taiping
- bukit merah
- kellie's castle 

layan gambar ye !






























khair. kholas. tata =)

kalau la aku nampak kauu...

bismillah..

untuk entry kali ni, siyes memang kena letak banyak-banyak #awakkatmana..

jam 1030 pm, bukan tanak tido lagi, tapi saje nak bermesra ngan nenek sambil-sambil tangan tolong bukak kelambu untuk dia. sekali terbukak cerita pasal Pendek,. xda sapa sebut, aku je yang tetiba nak mengenang kenangan ngan Pendek.

sape Pendek? ni ha beliau ~


masuk hari ni, dah genap 3 minggu dia menghilang. 
tanpa jejak !
#awakkatmana

aku rindu gila kat dia weyh. sebabkan baru je lepas layan Master's Sun, aku slalu sangat bayang konon pendek ade sebelah aku, cuma aku x nampak dia, dan dia pon x boleh nak panggil aku. huuu T_T .. syahdu...

bukan aku mintak dia mati, tapi tu la, aku ni bukan lah loser sangat sampai tahap berharap gila-gila dia akan balik. andai kata, Allah dah jemput dia balik, redha, tu je pilihan yang aku ada. 

ni bukan pengalaman pertama aku hilang kucing camni, banyak kali sangat dah. dalam entry dulu-dulu pon penah aku melalak sambil menaip. dengan hingus terjun atas keyboard, itu pon pernah.

-- sejak dia takde ni, banyak plak benda-benda dia muncul depan mata aku. "benda" -- > sebarang benda yang buat aku terkenang kat dia.

kat dapur, ada pinggan pendek, span basuh pinggan, susu kucing, ubat mata .. aku x boleh nak kata status pendek camna, hidup ke mati, akan balik ke tak.. sampai kadang aku terpikir, kalau aku buang ni, nanti pendek balik cmana? but now, aku taw, kemungkinan dia balik tu dah tipis. makin tipis. dan tadi, aku dah mop lantai tempat bahagian pendek makan. sebelom ni tau lantai tu kotor, tapi saje malas mop sebab tau akan kotor balik, sebab tu kan meja makan pendek? ..

ikut apa yang nenek aku crita td, dia simply conclude yang mungkin pendek keluar hari tu sebab dia dah penat tunggu aku balik. penat tunggu aku balik? itu mungkin, sebab memang rutin dia tercongok depan pintu tiap-tiap hari khamis, tunggu aku balik. dan sekarang aku mula persoalkan -

kenapa pendek layan yah baik sangatt? 
T_T

kalau sebelum ni, cerita paling syok aku nak jaja kat orang pasal pendek adalah -

* waktu breakfast pendek adalah waktu aku bangun subuh, tobat kena bagi dia makan dulu sebelom solat *

* aku masuk bilik air, pendek akan tunggu kat luar. bila aku keluar, dia akan tegur aku. pastu aku lari konon tanak kawan ngan dia, dan dia pulun kejar macam nak tangkap aku *

* tiap kali balik rumah, pendek jarang skali nk miss buat keja ngn aku. dia akan jadi observer bila aku basuh kain, mengemas, masak, cuci kete. all . all . tak lama pon, at the end, dia tertido jugak*

* pendek jenis yg mudah sangat demam. time demam, aku rasa naluri keibuan aku pada dia sangat tinggii. eheh. dia akan tido celah ketiak, atau atas leher. act like he really needs me at that time *

* paling rindu. waktu tido. best bedtime pendek adalah tido tengah-tangah umi ngn aku. tiap-tiap malam aku dokong dia bawak tido. skali skala aku saja buat sombong n x ambik dia, tapi setengah jam lepas tu konpem ada jugak dia sebelah aku *

* pendek bahan ujikaji tiap kali aku nak belajar shoot. kalau aku masuk semak sekalipun, dia ikut. pasti *

* dia la paling setia sambut aku kat pintu time aku balik. setiap minggu. dan tiap kali nak pegi, paling banyak dia buat perangai. selalu sangat masuk dalam kete, xpon duduk bawah kete *

sekarang ? tak de. aku ni kira dalam fasa membiasakan diri dengan xde semua benda kat atas ni. 

fhuhh..panjang..

kenapa special sangat pendek ni?

sebab. dia datang tepat pada masanya. 
banyak aku menangis,
 dan aku tenang balik, lepas peluk dan main ngan dia. 
banyak benda aku gitaw dia, walaupun dia macam xlayan aku sangat. 

takkan la dia x special? 

sebab dia, umur dh 21 pon aku rela bergaduh ngan akak,
 sebab nak backup dia berak merata. dia kecik lagi kot masa tu, pasir pon xkenal lagi. 



aku lipat kain. dan di meng-observe aku. 







model shooting =)



waktu kecik. dia la paling kurang zat banding yg len. 



5 bulan. 


seludup bawak masuk asrama. 
pendek tak boleh buat apa- harap mata je la boleh celik. 


dia jarang masuk kelambu, selagi aku x masuk. 

sekarang dia dah takde dengan aku. paling tak, aku puas. dapat jaga dia setakat daya dan kudrat yg aku ada. dari dia kurus kering, aku puas dapat tengok dia membulat depan mata aku. 
syukur tuhan kerana pinjamkan pendek untuk aku.


#awakkatmana


Sunday, 15 February 2015

Siswa Masuk Desa II - Misi Bantuan Pasca Banjir

maka nikmat Tuhamu yang manakah telah engkau dustakan?
-ar rahman-




















Kg Kemubu, Dabong, Kuala Krai 
Kelantan