usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Friday 27 February 2015

kalau la aku nampak kauu...

bismillah..

untuk entry kali ni, siyes memang kena letak banyak-banyak #awakkatmana..

jam 1030 pm, bukan tanak tido lagi, tapi saje nak bermesra ngan nenek sambil-sambil tangan tolong bukak kelambu untuk dia. sekali terbukak cerita pasal Pendek,. xda sapa sebut, aku je yang tetiba nak mengenang kenangan ngan Pendek.

sape Pendek? ni ha beliau ~


masuk hari ni, dah genap 3 minggu dia menghilang. 
tanpa jejak !
#awakkatmana

aku rindu gila kat dia weyh. sebabkan baru je lepas layan Master's Sun, aku slalu sangat bayang konon pendek ade sebelah aku, cuma aku x nampak dia, dan dia pon x boleh nak panggil aku. huuu T_T .. syahdu...

bukan aku mintak dia mati, tapi tu la, aku ni bukan lah loser sangat sampai tahap berharap gila-gila dia akan balik. andai kata, Allah dah jemput dia balik, redha, tu je pilihan yang aku ada. 

ni bukan pengalaman pertama aku hilang kucing camni, banyak kali sangat dah. dalam entry dulu-dulu pon penah aku melalak sambil menaip. dengan hingus terjun atas keyboard, itu pon pernah.

-- sejak dia takde ni, banyak plak benda-benda dia muncul depan mata aku. "benda" -- > sebarang benda yang buat aku terkenang kat dia.

kat dapur, ada pinggan pendek, span basuh pinggan, susu kucing, ubat mata .. aku x boleh nak kata status pendek camna, hidup ke mati, akan balik ke tak.. sampai kadang aku terpikir, kalau aku buang ni, nanti pendek balik cmana? but now, aku taw, kemungkinan dia balik tu dah tipis. makin tipis. dan tadi, aku dah mop lantai tempat bahagian pendek makan. sebelom ni tau lantai tu kotor, tapi saje malas mop sebab tau akan kotor balik, sebab tu kan meja makan pendek? ..

ikut apa yang nenek aku crita td, dia simply conclude yang mungkin pendek keluar hari tu sebab dia dah penat tunggu aku balik. penat tunggu aku balik? itu mungkin, sebab memang rutin dia tercongok depan pintu tiap-tiap hari khamis, tunggu aku balik. dan sekarang aku mula persoalkan -

kenapa pendek layan yah baik sangatt? 
T_T

kalau sebelum ni, cerita paling syok aku nak jaja kat orang pasal pendek adalah -

* waktu breakfast pendek adalah waktu aku bangun subuh, tobat kena bagi dia makan dulu sebelom solat *

* aku masuk bilik air, pendek akan tunggu kat luar. bila aku keluar, dia akan tegur aku. pastu aku lari konon tanak kawan ngan dia, dan dia pulun kejar macam nak tangkap aku *

* tiap kali balik rumah, pendek jarang skali nk miss buat keja ngn aku. dia akan jadi observer bila aku basuh kain, mengemas, masak, cuci kete. all . all . tak lama pon, at the end, dia tertido jugak*

* pendek jenis yg mudah sangat demam. time demam, aku rasa naluri keibuan aku pada dia sangat tinggii. eheh. dia akan tido celah ketiak, atau atas leher. act like he really needs me at that time *

* paling rindu. waktu tido. best bedtime pendek adalah tido tengah-tangah umi ngn aku. tiap-tiap malam aku dokong dia bawak tido. skali skala aku saja buat sombong n x ambik dia, tapi setengah jam lepas tu konpem ada jugak dia sebelah aku *

* pendek bahan ujikaji tiap kali aku nak belajar shoot. kalau aku masuk semak sekalipun, dia ikut. pasti *

* dia la paling setia sambut aku kat pintu time aku balik. setiap minggu. dan tiap kali nak pegi, paling banyak dia buat perangai. selalu sangat masuk dalam kete, xpon duduk bawah kete *

sekarang ? tak de. aku ni kira dalam fasa membiasakan diri dengan xde semua benda kat atas ni. 

fhuhh..panjang..

kenapa special sangat pendek ni?

sebab. dia datang tepat pada masanya. 
banyak aku menangis,
 dan aku tenang balik, lepas peluk dan main ngan dia. 
banyak benda aku gitaw dia, walaupun dia macam xlayan aku sangat. 

takkan la dia x special? 

sebab dia, umur dh 21 pon aku rela bergaduh ngan akak,
 sebab nak backup dia berak merata. dia kecik lagi kot masa tu, pasir pon xkenal lagi. 



aku lipat kain. dan di meng-observe aku. 







model shooting =)



waktu kecik. dia la paling kurang zat banding yg len. 



5 bulan. 


seludup bawak masuk asrama. 
pendek tak boleh buat apa- harap mata je la boleh celik. 


dia jarang masuk kelambu, selagi aku x masuk. 

sekarang dia dah takde dengan aku. paling tak, aku puas. dapat jaga dia setakat daya dan kudrat yg aku ada. dari dia kurus kering, aku puas dapat tengok dia membulat depan mata aku. 
syukur tuhan kerana pinjamkan pendek untuk aku.


#awakkatmana


No comments:

Post a Comment