usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 15 February 2015

2015.

bismillah.

pertama kali menjengah blog di tahun 2015. selamat tahun baru. takziah atas segala dugaan cubaan di penghujung 2014. takziah juga di atas perginya seorang ulamak, murabbi ummah..

tidak tahu soal apa ingin dibicarakan, sekadar menyinggah dan bertanya khabar, menyapa sepatah dua kata, tanda ingatan pada satu-satunya laman yang aku kira paling menyediakan kapasiti yang cukup untuk mencarut  meluah isi hati.

kronologi 2015.

ada baiknya kalau dimulakan dengan penghujung 2014 mungkin?

November 2014

- lahir cucu sulung abuya umi, Wan Ahmad Amzar. baik budaknya. buat aku x betah duduk asramaa sebab nak balik rumah main dengan dia. hujung minggu memang wajib ah balik, main-main ngan amzar sampai puas. kadang subuh lagi aku dah serbu bilik dia, sebab rindu, dan nak main dengan dia. part paling aku rasa kena bagi amzar dekat ibu dia, time die nangis melalak nak susu. budak ni sangat kuat makan. gud job amzar, jom bina badan sama-sama!






Disember 2014

banjir. paling dasyat seumur hidup aku. bergelap 9 hari. merasa jugak kekurangan bekal makanan. amzar pon ada sekali. tak banyak boleh aku cerita. cuma satu hikmah yang indah buat aku, tautan adik beradik dan sedara mara boleh dikatakan kuat masa tu. alhamdulillah ala kulli haal.

Januari 2015

permulaan tahun baru yang sedikit hambar. banjir masih belum surut, kuliah ditangguhkan seminggu. hujung bulan ni, dapat tahu penempatan posting k.uyu.

habis hancur. ranap. musnah. rasa macam aku dipisahkan dengan amzar untuk satu jarak yang saaaangat jauh dan tempoh masa yang saaaangat lama. hingga terpikir, lepas ni amzar dan anak-anak sedara lain takkan kenal dah aku makcik dia ni. sebab aku je terpinggir kat kampung ni. sedangkan dorang suma dah bawak diri jauh-jauh.

penghujung bulan ni jugak. aku terpaksa melepaskan satu lagi keinginan aku. aku bukan tanam cita-cita ni bulan lepas, tapi dah lama sangat. tipu aku cakap aku langsung tak terniat nak bertanding perwakilan, tapi tu la, cinta tak semestinya memiliki. dan cinta sebenarnya adalah pengorbanan. pengorbanan cinta aku terhadap umi abuya. biarlah kali ni aku undur diri. korbankan sekali lagi hasrat aku. biar aku tiap-tiap minggu dapat balik cium tangan umi abuya. paling tak, aku punya modal untuk berbangga yang aku boleh tengok umi abuya tiap kali aku rindu,

--melepaskan JPP, dan di sini aku curahkan minat.  KeSaS





cukup hanya sekadar ini,
sudah memadai buat masa ini.
selagi masih ada sabar =)



No comments:

Post a Comment