usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 9 May 2015

X paham sampai sekarang weyh~

bismillah..

menghabiskan study week di rumah.. semester 5  dah oi sekarang. baru je habes praktikum.

TAPI . langsung takde nafsu nak bercakap pasal praktikum. hahaha

masa tengah berak tadi. oke x sopan. masa kt bilik air tadi, xtaw la pasaipa tetiba aku teringat kisah masa hari terakhir usrah aku bersama kumpulan usrah pertama aku, bersama naqibah pertama aku di ipgkkb. nah, sanad panjang kemahen.

teringat pon bersebab. sebabnye akak naqibah tersebut dah disunting.  oleh sape? classmate aku. matpang. akan berkahwin xlame lagi dah.

barakallah. moga dipermudahkan urusan kalian.

kejadian berlaku di surau asrama blok a. tahun bila2,, mungkin 2011/2012. usrah hari tu kira buat macam farewell la kekdahnya. kami diberitahu oleh naqibah, usrah hari tu adalah usrah widak. terakhir la bahasa mudahnya. tapi, pergi menonong je.. pasaipa terakhir, pon x tau. sebabkan kamiorang ni mad'u yang toat wa tawaddhuk, makaa turutkan lah sajo keinginan mereka.

maka bermulalah usrah tersebut. bla bla bla akak naqibah bercakap. then dia cakap, ni usrah terakhir kami semua. (aku tak ingat la usrah ni ade nama ke tak. macam xde. xpon aku x ingat).. yang mana ahli-ahli usrahnya boleh dikatakan majoriti budak kelas aku, budak kelas pa2, yang terkenal dengan ketololan- terkenal dengan x macam ustazah- terkenal dengan budak gila-gila..

bla bla bla lagi. pehtu dia kata, usrah kita akan dirombak~ ngeeeee. terkejut la wei. dah kenapaaa..? kan.

sambung dia lagi.. bukan usrah kita je, semua usrah dirombak. ada yang kekal dengan usrah lama, ada yang akan dtransfer ke usrah lain. naqib dan naqibah juga akan diganti. toat je kami dengar.

sampai lah, dia lontarkan pada kami..."apa perasaan adik-adik sepanjang berada dalam usrah ni. akak nak adik bagi komentar sejujurrnya... kita bincang ramai"..

disuruhnya sorang-sorang bercakap.

kalau x silap, aku kena cakap mula-mula sekali. stended aa kan, bila benda-benda nak berpisah camni, akan cakap somthing like mintak maaf salah silap. terima kasih atas kejasama, then perasaan gumbira sepanjang berada dalam usrah. penambah rasa dengan sedu sedan bagai.

lepas tu 2 3 orang jugak bagi komentar sama macam aku. dah namanya nak berpisah, nak cakap ape lagi..?

dengan tak semena-mena dia ter-emo, dia stopkan giliran sorang demi sorang tu. then dia cakap.."akak bukan nak dengar apa yang awak rasa, ... akan nak tahu apa perasaan awak bila tahu jadi camni...faham tak?"... ~dengan nada yang sebak, plus sedikit menekan dan meninggi suara.

aku tak dapat terjemahkan perasaan dia masa tu macamana, marah kitorang ke? ke sedih nak berpisah?

sampailah.. sampai giliran kawan aku yang terkenal dengan lantang bersuara.

satu satu dia cakap. senang citer, dia cakap tak puas hati dengan organisasi tu sebab tak tau ape motip nak kena pecah-pecahkan kitorang. padahal kitorang hidup dengan gembira kot dalam usrah tu.

----mungkin tu la jawapan yang dia nak ----

dan lepas tu, bermulalah episod mereka mark kawan aku ni. ibarat senyum tapi sinis, ibarat gelak tapi palsu. ini, apa yang diceritakan kawan aku. bermula hari tu, sampailah sekarang, kawan aku ni x boleh ikut rentak akak-akak tu. dan organisasi tu sendiri.

lepas hari tu. aku dicampak ke usrah lain. dengan dua orang akak, TOOOtt* dan TooooTT*... kemudian ditukar lagi semester berikutnya dengan *tooottt dan *toooTT... ahli-ahli usrah pon silih ganti. pelbagai perkongsian, pelbagai aktiviti, pelbagai tempat..

tapi.

hingga saat ini, aku tak rasa dah nikmatnya usrah. macam aku rasa macam usrah pertama dulu - usrah tak ingat nama.

takde lagi dah.

No comments:

Post a Comment