usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 21 June 2015

semester 6 bermula!

bismillah..

dua hari pertama di IPG bagi sesi kedua tahun 2015. menginjak ke satu lagi langkah, semester 6. tinggal lagi 2 semester sahaja. 2 semester. lepas tu, berpecahlah kami, membawa haluan masing-masing.

macam yang dah aku jangkakan, pasti ada sedikit kejanggalan untuk pembukaan semester ni.

eh. kekwat gile menaip.  huhu. oke tune mood, x mau berbaur sedih sangat , promise~

betul, lain. mula-mula masuk dewan, macam biasa akan cari seat untuk sekelas geng kitorang duduk sekali. sebab dah dapat makluman yang akan ada deklamasi puisi untuk pesa, jadi lagi selamat kalau kitorang duduk dekat-dekat, bimbang la takut menangis terover.

lain jugak sem ni, sebab biasa kitorang kalau balik je maktab, mesti akan cerita macam-macam, mostly pasal aktiviti kat rumah mase cuti. tapi, kali ni cuma bercakap tentang pesa, tentang kenangan dan tentang segala yang dah kami harung sama-sama. rindu weh rindu. 4 tahun kot duduk sekali. baik buruk dia sume dah tau, kami dah hadap dah dengan pe'el masing-masing.

masa tu, perhimpunan belum mula lagi. tabung kebajikan tertera nama "Allahyarham Mohd Faisal b Ismail" diedarkan keliling dewan. tak rasa macam bermimpi lagi dah, aku tengok tabung tu, dan aku sedar yang pesa betul-betul dah pergi. sebak. lama kitorang pegang tabung tu. sebelum pass balik pada biro kebajikan. T_T

macam aku cakap tadi, akan ada puisi untuk pesa sebagai penghormatan terakhir pada dia. kitorang sama-sama janji takkan nangis teresak-esak lagi dah. kalau menitik tu nak buat camana kan? tangan masing-masing dah ready tisu. bersedia dengan sebarang kemungkinan. ~

syukur. emosi aku terkawal. mungkin disebabkan ada kawan-kawan kat sebelah buat aku sedikit kuat. air mata ? benda tak bleh bendung bro, hehe .. keluar jugak. aku tengok kawan-kawan lain pon semua pakat kesat air mata.


keluar dewan, kena tandatangan kehadiran. terkilan tengok senarai nama, dah tinggal 20 orang. HEP dah buang terus nama pesa dalam kedatangan tu. kenapa cepat sangat servis membuang nama~ T_T

selesai di dewan, masuk kelas. pasti, suasana sangat berbeza dengan semester dulu-dulu. nampak muka dorang macam keruh sedikit. nak bergurau pon macam xkena punchline. gelak pon aku dengar macam gelak yang dibuat. mata x lepas pandang tempat pesa. tempat dia selalu lepak.

30 minit berlalu tanpa sebarang aktiviti dalam kelas. semua orang ade dalam kelas masa tu, tapi x tau topik apa yang dibualkan, cerita apa yang dikongsikan. ada yang berbunyi, ada yang senyap. ada yg memerhati, ada yang terlelap. takde sebarang tanda pon ketua kelas akan bercakap. krik-krik yang amat~



semalam la bagi aku, sesi pelantikan paling x meriah, paling suram, sepanjang aku duduk kat sini.

p/s : kejap lagi akan bergerak ke besut, ziarah keluarga pesa. permudahkan perjalanan kami ya Allah.

Wednesday, 17 June 2015

lagi tentang Pesa . can't move yet.

Bismillah.

selepas 2 hari menyiksa diri menakung air di kolam mata, hari ni sedikit ketenangan mula terbit dalam diri. tiada lagi esak tangis yang tercungap, tiada lagi juraian air mata yang tidak ketemu titisan akhirnya.

mungkin disebabkan otak sedikit letih untuk menghadam hakikat pahit ini, hari ni completely demam. kepala berdenyut pada kadar maksimum. air mata keluar lagi, kerana sakit teramat. peluh memercik segenap dahi dan tubuh.

syafakillah, wan nadiah ~

aku terlalu menurutkan perasaan hingga fizikal kurang mampu mengikut rentak emosi. tapi xpe, paling tidak, aku sedikit lega sekarang. sedikit payah untuk aku terima. payah. aku tak nafi.

syukur, pergi seorang pesa, berbelas-belas lagi adik beradik pa2 aku datang menjengah. ya, kami terpisah oleh satu jarak yang jauh antara satu sama lain, namun tetap berkongsi satu rasa yang sama,

Kehilangan.

semalam, aku terasa sangat perlukan bahu untuk aku peluk dan tumpang menangis. hari kedua dan beban rindu makin berat. sebab tu, aku rasa semua orang tak paham aku, bilamana aku cakap aku sedih, and what they said is asking me to stop crying. no, i can't do that yet. tak boleh. apalagi yang boleh aku buat. aku perlu menangis semahunya, selagi aku rasa sesak, selagi tu segala kerja buat aku di rumah tak menjadi.

tak perlu diulang banyak kali, sebab aku tahu meratapi kematian is not a good thing to do. i clearly know that. tapi aku mungkin dah lama tak berhadapan kematian orang yang disayangi, sebab tu la bila orang cakap macam tu buat aku pikir - cakap senang , cuba kalo ko rase? mungkin aku tak sekuat ko..

for all those answer, im sorry. i mean it. im really sorry.

doa pada pesa tidak pernah putus. semahunya aku mintak banyak lagi segala ganjaran kebaikan diberikan padanya. sesekali, aku mintak pada Allah, lembutkan hati untuk aku redha dengan pemergian pesa. alhamdulillah, sedikit ketenangan mula memenuhi ruang jiwa.

- semorang kena kuat, aku pecaya pesa sendiri pon tak nak kita sedih macam ni..
- pesa meninggal masa tengah belaja, insyaallah, ada hikmah Allah nk tunjuk
- Pesa bukan milik kita, Allah bagi pnjam je.. dan sekarang Allah dah mintak pesa balik pada Dia
- nnti bukak, kita buat tahlil sekali. doa banyak banyak. tu je yang dia perlukan sekarang dari kita.

tersentuh. bait-bait ayat nasihat, penguat semangat dari sahabat pa2.

dalam sebenarnya kata-kata semangat yang kami sama-sama kongsi, antara 20 orang ahli pa2 yang lain. ya, dah tinggal 20. tapi sebab semalam hati aku masih keras untuk terima nasihat dorang, aku just ignore kata-kata ni. dan sekarang, aku baca balik. dan sebab kata-kata semangat ni jugak yang buat aku mula paham dan terima situasi ni.

saya sedang berjuang, membina kembali semangat yang hilang. 

..insyaallah, i will get better soon..

Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem.. =)

Tuesday, 16 June 2015

Pesa.

bismillah.

jemari kurang rancak. namun desakan di hati masih kuat. masih banyak yang ingin dimuntahkan. seksa rasanya hati menanggung rasa ini.

sedih. pedih. pilu, perit.

aku masih belum puas menceritakan tentang pesa. masih ada. tolonglah, permudahkan tulisanku. hanya di sini lapangan yang aku ada, untuk meluahkan sejuta rasa. kecamuk. celaru. resah. gelisah.

arggh, parah.

sejak semalam, segala kerja buat aku tak menjadi. cacat serba serbi. kurang setiap ruang.

- time mandikan umi, lupa nak campur air panas. lepas amk wudhuk, terus aku ketepikan air yang patutnya dihabiskan utk bilas badan umi.
- masak nasik, lupa tekan butang "cooking"
- ke tanah merah, niat nak kurangkan rasa sedih. sampai simpang, tiba-tiba aku jadi tak ingat jalan. lost. nasib baik ada sepupu. fokus xyah cakap ah, tangan ketar sambil pegang stereng.
- buat lah ape pun, kepala aku tak habis fikir pasal pesa
- time tido je waktu rehat terbaik, bukak je mata, pesa dulu yang muncul dalam ingatan.
- mata pedih, bengkak, kepala berdenyut tanda penat. badan kurang tenaga.  sebab letih mencurahkan air mata
- satu-satu kenangan tentang pesa menjengah kotak pikiran aku








4 tahun. satu rangka masa yang cukup panjang. untuk aku membina jalinan yang erat dengan pesa. untuk kami pa2 sebenarnya. hanya tinggal 1 tahun setengah lagi untuk kami menghabiskan pengajian ni. Sayang, perancangan Allah mengatasi segala. siapa kami melawan takdir. siapa kami untuk mengatakan tidak bila Dia berkehendakkan sebaliknya.

Redha. satu satunya penyelesaian yang kami ada. bukan pilihan, tapi tuntutan. - tapi aku masih belum mampu.

masih di awangan, seperti masih bermimpi. menunggu tiba manusia untuk bangunkan aku dari mimpi buruk ni.

--- Ramadhan is coming ---

tinggal sehari je lagi sebelum ramadhan muncul. pasti ramadhan ini banyak bezanya dengan 3 kali ramadhan yang lepas. aku tak tahu di mana fungsinya pesa, di mana kuatnya dia untuk dikenang sebegini, namun setiap apa yang berlaku, pasti ada dia. dia melengkapkan wujudnya kami semua. hilang seorang pesa., tidak sempurnalah adanya kami.

teringat kisah ramadhan 2 tahun lalu.

kerja haram aku buat kerana pesa. kerja halal pesa buat, berbantukan aku. 

apa kekuatan yang aku ada smpaikan aku nekad seludup mercun masuk asrama. sebabnya, nak deliver tempahan mercun pesa. nilai rm100. banyak,. sangat banyak. aku kalut pikir tak tahu macam mana nk bawak naik mercun tu dengan hanya melalui satu jalan, melintasi pondok guard. pesa macam biasa, memainkan tugas kalut dia. bukan tolong. tapi tanya n tanya seolah dia sangat concern tentang apa yang aku kena buat. hingga akhirnya, aku jugak yang putuskan jalan keluar. mercun selamat dibawak naik asrama. langkah seterusnya, camana nak pass ke pesa.

caranya, sumbat dalam beg hiking. tengah malam, panggil dia amik beg tu dekat taman asrama. orang takkan syak pape sebab time tu memang time orang packing barang nak balik sebab dah hujung sem. so, no worries. kata pesa, takyah bimbang, takkan kantoi sebab dia akan terus letak beg tu dalam bonet keta budak tesl. dia kata esok pagi budak tu nak balik dah. oke , aku lega sangat.

sebelum berpisah, janji pesa pada aku, dia takkan cakap kt sesape pasal mercun tu. dan janji aku pada pesa, ni first n last, dan jngan smpai ada orang tahu.

ok deal ~

next

apa bisnes pesa? karipap. ye. kisah karipap ni pon aku ingat sebab minum petang tadi. owh, kenapa mesti aku ingat..? T_T

setiap tiba musim nak raya, pesa akan muncul dengan karipap makcik die. pesa akan mencari-cari pasaran untuk dia lariskan tempahan karipap tu. time tu, dia mintak tolong aku. carikan sapa nak tempah karipap tu. aku jugak yang disuruh, dari seramai-ramai kawan. itupun, mungkin sebab mercun. buat dia rasa aku boleh sekongkol dengan dia. herh, bijak kau pesa. aku? macam biasa mintak upah. sebungkus karipap free.

tiba hari tempahan karipap siap. laris. delivery karipap dia aku yang buat. hantarkan pada kawan kelas sebelah. licin. aku kembali pada pesa dengan duit hasil jualan. satu ayat pesa membuatkan aku hampa.

"we sory we, habis doh karipap. ada ore beli pulok takdi. aku bowok lebih doh bena..sory we dea"

tak hampa sangat sebenarnya. bukan aku tak kenal pesa ni. tapi jujur, aku x harapkan pon karipap tu, saje je. aku buat memang nak tolong dia je. xde la berharap dengan upah tu.

tapi. konon tanda protes. aku amk 2 ringgit dr hasil jualan tadi.

"aahh. kecek la mu sal. gitu sokmo. mai ko aku duo ya ni. nok meraso karipap free pon payoh mu ni.."

"hoo ambik la, ambik ambik.." ,, balas pesa.

tamat.

itu cerita aku. yang pasti, tiada lagi episod sambungan pada ramadhan kali ni. tentang karipap, tentang mercun.

Pesa, atas semua yang ko lalui sama-sama, dengan kitorang.  xkan aku lupa.

hiduplah engkau dalam kenangan kami.


p/s . aku belum puas menulis. nantikan .


Monday, 15 June 2015

selamat jalan, sahabat.

bismillah,

petang redup. bumi dari tadi tidak berhenti menitiskan air.

hujan rahmat.

hujan kesedihan.

seiring kami menangisi pemergian seorang sahabat.




----
tersentak. dapat berita dari ubai . katanya Faisal (PESA) excident. aku buat biasa je, sebab pesa  dh banyak kali excident, so aku anggap x seiruis kot. x lebih 15 minit. dapat lagi update. status pesa dah bertukar.

terasa gelap dunia, bila kitorang dminta bertenang dan menyedekahkan al-fatihah buat pesa.

Allahuu..

gelap. aku xtw macamana nk gmbarkan perasaan tu, aku seolah hilang gambaran tentang bagaimana peribadi pesa. dalam kepala aku hanya ingat muka dan sosok dia je, aku terus jadi x ingat perangai pesa.

2 3 minit jugak blur. lepas tu satu-satu kenangan dengan pesa singgah dalam kepala aku. banyak. terlalu banyak kenangan kitorang pa2 dengan pesa.

..

sebanyak-banyak manusia dalam kelas tu, dia la yang paling aku senang nak bahan. saling bahan membahan. sebab dia lelaki, dan bahasa pon sama, jadi x rasa perlu berlapik sangat bila nak bahan tu.

entah.

aku macam tak tahu macamana nak gambarkan dalam perkataan pasal pesa ni. cukup la sekadar kenangan tu aku ingat dalam kepala aku.

semoga ia kekal dalam kenangan dan tidak hilang. sebab lepas ni, pasti aku akan teringat kt kau pesa.

Allah.. tempatkan dia di kalangan hambamu yang beriman. dia sahabat yang baik, dan anak yang baik pada ibu ayah. semoga dia juga mukmin yang patuh pada syariatmu. ganjarilah dia dengan sebaik-baik ganjaran. 


allahumaghfirlahu, waafihi, wa'fuanhu.