usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 27 February 2015

kalau la aku nampak kauu...

bismillah..

untuk entry kali ni, siyes memang kena letak banyak-banyak #awakkatmana..

jam 1030 pm, bukan tanak tido lagi, tapi saje nak bermesra ngan nenek sambil-sambil tangan tolong bukak kelambu untuk dia. sekali terbukak cerita pasal Pendek,. xda sapa sebut, aku je yang tetiba nak mengenang kenangan ngan Pendek.

sape Pendek? ni ha beliau ~


masuk hari ni, dah genap 3 minggu dia menghilang. 
tanpa jejak !
#awakkatmana

aku rindu gila kat dia weyh. sebabkan baru je lepas layan Master's Sun, aku slalu sangat bayang konon pendek ade sebelah aku, cuma aku x nampak dia, dan dia pon x boleh nak panggil aku. huuu T_T .. syahdu...

bukan aku mintak dia mati, tapi tu la, aku ni bukan lah loser sangat sampai tahap berharap gila-gila dia akan balik. andai kata, Allah dah jemput dia balik, redha, tu je pilihan yang aku ada. 

ni bukan pengalaman pertama aku hilang kucing camni, banyak kali sangat dah. dalam entry dulu-dulu pon penah aku melalak sambil menaip. dengan hingus terjun atas keyboard, itu pon pernah.

-- sejak dia takde ni, banyak plak benda-benda dia muncul depan mata aku. "benda" -- > sebarang benda yang buat aku terkenang kat dia.

kat dapur, ada pinggan pendek, span basuh pinggan, susu kucing, ubat mata .. aku x boleh nak kata status pendek camna, hidup ke mati, akan balik ke tak.. sampai kadang aku terpikir, kalau aku buang ni, nanti pendek balik cmana? but now, aku taw, kemungkinan dia balik tu dah tipis. makin tipis. dan tadi, aku dah mop lantai tempat bahagian pendek makan. sebelom ni tau lantai tu kotor, tapi saje malas mop sebab tau akan kotor balik, sebab tu kan meja makan pendek? ..

ikut apa yang nenek aku crita td, dia simply conclude yang mungkin pendek keluar hari tu sebab dia dah penat tunggu aku balik. penat tunggu aku balik? itu mungkin, sebab memang rutin dia tercongok depan pintu tiap-tiap hari khamis, tunggu aku balik. dan sekarang aku mula persoalkan -

kenapa pendek layan yah baik sangatt? 
T_T

kalau sebelum ni, cerita paling syok aku nak jaja kat orang pasal pendek adalah -

* waktu breakfast pendek adalah waktu aku bangun subuh, tobat kena bagi dia makan dulu sebelom solat *

* aku masuk bilik air, pendek akan tunggu kat luar. bila aku keluar, dia akan tegur aku. pastu aku lari konon tanak kawan ngan dia, dan dia pulun kejar macam nak tangkap aku *

* tiap kali balik rumah, pendek jarang skali nk miss buat keja ngn aku. dia akan jadi observer bila aku basuh kain, mengemas, masak, cuci kete. all . all . tak lama pon, at the end, dia tertido jugak*

* pendek jenis yg mudah sangat demam. time demam, aku rasa naluri keibuan aku pada dia sangat tinggii. eheh. dia akan tido celah ketiak, atau atas leher. act like he really needs me at that time *

* paling rindu. waktu tido. best bedtime pendek adalah tido tengah-tangah umi ngn aku. tiap-tiap malam aku dokong dia bawak tido. skali skala aku saja buat sombong n x ambik dia, tapi setengah jam lepas tu konpem ada jugak dia sebelah aku *

* pendek bahan ujikaji tiap kali aku nak belajar shoot. kalau aku masuk semak sekalipun, dia ikut. pasti *

* dia la paling setia sambut aku kat pintu time aku balik. setiap minggu. dan tiap kali nak pegi, paling banyak dia buat perangai. selalu sangat masuk dalam kete, xpon duduk bawah kete *

sekarang ? tak de. aku ni kira dalam fasa membiasakan diri dengan xde semua benda kat atas ni. 

fhuhh..panjang..

kenapa special sangat pendek ni?

sebab. dia datang tepat pada masanya. 
banyak aku menangis,
 dan aku tenang balik, lepas peluk dan main ngan dia. 
banyak benda aku gitaw dia, walaupun dia macam xlayan aku sangat. 

takkan la dia x special? 

sebab dia, umur dh 21 pon aku rela bergaduh ngan akak,
 sebab nak backup dia berak merata. dia kecik lagi kot masa tu, pasir pon xkenal lagi. 



aku lipat kain. dan di meng-observe aku. 







model shooting =)



waktu kecik. dia la paling kurang zat banding yg len. 



5 bulan. 


seludup bawak masuk asrama. 
pendek tak boleh buat apa- harap mata je la boleh celik. 


dia jarang masuk kelambu, selagi aku x masuk. 

sekarang dia dah takde dengan aku. paling tak, aku puas. dapat jaga dia setakat daya dan kudrat yg aku ada. dari dia kurus kering, aku puas dapat tengok dia membulat depan mata aku. 
syukur tuhan kerana pinjamkan pendek untuk aku.


#awakkatmana


Sunday, 15 February 2015

Siswa Masuk Desa II - Misi Bantuan Pasca Banjir

maka nikmat Tuhamu yang manakah telah engkau dustakan?
-ar rahman-




















Kg Kemubu, Dabong, Kuala Krai 
Kelantan

2015.

bismillah.

pertama kali menjengah blog di tahun 2015. selamat tahun baru. takziah atas segala dugaan cubaan di penghujung 2014. takziah juga di atas perginya seorang ulamak, murabbi ummah..

tidak tahu soal apa ingin dibicarakan, sekadar menyinggah dan bertanya khabar, menyapa sepatah dua kata, tanda ingatan pada satu-satunya laman yang aku kira paling menyediakan kapasiti yang cukup untuk mencarut  meluah isi hati.

kronologi 2015.

ada baiknya kalau dimulakan dengan penghujung 2014 mungkin?

November 2014

- lahir cucu sulung abuya umi, Wan Ahmad Amzar. baik budaknya. buat aku x betah duduk asramaa sebab nak balik rumah main dengan dia. hujung minggu memang wajib ah balik, main-main ngan amzar sampai puas. kadang subuh lagi aku dah serbu bilik dia, sebab rindu, dan nak main dengan dia. part paling aku rasa kena bagi amzar dekat ibu dia, time die nangis melalak nak susu. budak ni sangat kuat makan. gud job amzar, jom bina badan sama-sama!






Disember 2014

banjir. paling dasyat seumur hidup aku. bergelap 9 hari. merasa jugak kekurangan bekal makanan. amzar pon ada sekali. tak banyak boleh aku cerita. cuma satu hikmah yang indah buat aku, tautan adik beradik dan sedara mara boleh dikatakan kuat masa tu. alhamdulillah ala kulli haal.

Januari 2015

permulaan tahun baru yang sedikit hambar. banjir masih belum surut, kuliah ditangguhkan seminggu. hujung bulan ni, dapat tahu penempatan posting k.uyu.

habis hancur. ranap. musnah. rasa macam aku dipisahkan dengan amzar untuk satu jarak yang saaaangat jauh dan tempoh masa yang saaaangat lama. hingga terpikir, lepas ni amzar dan anak-anak sedara lain takkan kenal dah aku makcik dia ni. sebab aku je terpinggir kat kampung ni. sedangkan dorang suma dah bawak diri jauh-jauh.

penghujung bulan ni jugak. aku terpaksa melepaskan satu lagi keinginan aku. aku bukan tanam cita-cita ni bulan lepas, tapi dah lama sangat. tipu aku cakap aku langsung tak terniat nak bertanding perwakilan, tapi tu la, cinta tak semestinya memiliki. dan cinta sebenarnya adalah pengorbanan. pengorbanan cinta aku terhadap umi abuya. biarlah kali ni aku undur diri. korbankan sekali lagi hasrat aku. biar aku tiap-tiap minggu dapat balik cium tangan umi abuya. paling tak, aku punya modal untuk berbangga yang aku boleh tengok umi abuya tiap kali aku rindu,

--melepaskan JPP, dan di sini aku curahkan minat.  KeSaS





cukup hanya sekadar ini,
sudah memadai buat masa ini.
selagi masih ada sabar =)



Sunday, 28 September 2014

I want take this serious, can I?

Bismillah.

Kecenderungan minat melampau-lampau pada fotografi sekarang. kalau dulu, saya cuma tangkap gambar. yes, dulu hanya tahu pilih angle terbaik untuk gambau cun., lepas tu baru lah edit. now, dapat dslr, terus try nak bagi dapat gambar berkualiti yang hampir setanding dengan yang diedit.

alhamdulillah. ikut bengkel sifu cikgu Tarmizi Shukri. sangat best oke!


*cikgu ngan farhan. gambaq curi biasa la, aku kan pemalu. hewhew

farhan ni kawan baru. nmpak cam banyak aku bleh korek ngan dia.
hahak

paaling best. cikgu Tarmizi saangat lah humble n sporting. blajo ngan dia rasa cam kita nyembang ngan kawan-kawan je, bukan macam berguru dengan orang dasat. walau hakikat memang dia dasat pon, but bukan tu yang nak dihighlightkan.  

peserta lain--- 


cikgu pasir puteh. memang x cakap walau sepatah ngan dia.
segan, nmpak bliau cam pro sangat. 
hoho



sofiah. org ganu. dh contact dia tp still xde balasan. 


peserta dan penganjur, kak fitriyana dan puteri comelnya. 


antara gambar yang diambil ;


bagi cikgu tengok gambar ni. sekali cikgu cakap 
"baru 3 orang saya tengok gambar, 3-3 semua cantik. nampak la macam korang dah biasa pegang kamera"
- aku? terus riak. hahahahaha

xdek ah. gambar cenggini senanya dah selalu sangat aku ambik. 
dalam kamus fotog aku, ini dah cliche.


aku kena smooth kan teknik ni. 
foreground + subjek + background




2 gambaq rantai ni, atas aku amik, bawah cikgu amik. 
sah-sah lawa cikgu. 

cikgu sekali tembak je tu.. aku? ntah ke brapa ploh kali. 

then, sekitar Taman Tengku Anis






---

pasni aku memang kena rajinkan diri dan tebalkan muka cari geng kamera ni.
siyes, aku malu sangat. xyakin bleh cari member semudah tu.
btw, aku bukanlah spesies friendly. 

hohoho

Tuesday, 9 September 2014

travel. trip.

Bismillah.

rasa mengantuk yang masih bersisa lepas balik dari lawatan semalam. ergh. mengantok memang dah tahap dewa tahap mambang, tapi sebab kan tadi hantar esemen bongsu - maka paksa mata layan movie.

kahkah. donlod cite donlod lagu - buat bekal isi masa senang.

ni ha, rasa nak kongsi gamba gi melaka. orang tanya best ke tak g melaka. lepas balik maktab, belek-belek gambar, baru la aku boleh cakap best g lawatan. punye lambat respon aku. best siot, gambar lawa-lawa. ngeh2#.. siyes puas hati tengok tempat kat melaka. tapi tu la. skill ak x brape nk auumm lagi. so biasa-biasa jah di mata profesional.

hari pertama. main sekitar banda melaka tu je. singgah muzium Samudera, Muzium Maritim dan Muzium Kesenian Islam

Nikon D3100
lens 18-55 mm



aku sangat suka snap gamba bila orang x perasan ada lens prati dorang.
bahasa mudah - no posing2



sangat menarik. setiap inci rasa nak snap gambo.


atas kapal. angle gini cantekk.


dari atas menara Taming Sari. 
lupa camane setting dapat gambo cani.
T_T


day 2. galeri lebah - taman botanikal. sini best. naik beskal reramai. ouh remaja sangat~





madu dia sedap sangat. siriyesli!


patut yang ni guna tekning panning. aishhh


kemudian - pantai kelebang. diwar-warkan kata coconut shake dia sedap.
ye betul memang sedap, tapi bagi aku xde lah sedap sampai tahap
nak promote kaw-kaw kat orang.
my opinion. show some respect.

malamnye. nadi segala-gala. river cruise.






dari atas bot. xde skill lagi nak adjust segala. 
redha lah dengan keadaan malam - bergegar - iso tinggi
sebab tempat dah cantik. duduk angle mana pon tetap cantik.


terkilan. lalu sini sat ja sebab lapau sangat.
punya la drag masa time makan. x nyempat nak ronda balik. 


beca malam.


air percikan dari bot. saje tak lap. sebab nak effect ni lah. =)


Jonker Walk. 
edit dalam kamera je, guna miniator ke hape.
lupa.


dekat kol 12 am. lengang. 

day 3 . Kompleks Falak al-Khawarizmi dan DBP (KL)


Ustaz Ahmad dari atas menara 



selesai DBP. tunggu bas.


last but not least.
gamba penawar hati pengubat jeles tengok gamba orang lawo-lawo.
hadap cermin. setting iso siap-siap. auto focus. 

then..



jumpa lagi meh.