usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 1 July 2015

malaysiaku, malaysiamu jua~

bismillah.

hangat. isu paling hangat hari ni adalah pasal posting senior semester 8. kejutan yang bagi aku teramat dahsyat, mengubah terus kot sistem tahun-tahun lepas.

dah memang dasar kami ni dianggap tikus makmal kot. senang je kementerian buat itu ini, ubah dasar itu ini. yang jadi mangsa, kami, guru pelatih ni la. dengan sijil PERGURUAN yang kami bawak ke mana-mana ni, memang takde peluang keje lain dah selain jadi cikgu. takde, hangan je la kalo ko bawak sijil perguruan, tapi menonong je apply nak keje engineer, doktor. tak, memang tak bro.

sepanjang 4 tahun la kot aku duduk sini, macam-macam perubahan yang aku nampak, baik dari dalam maktab sendiri, sampailah ke kampus induk sinun. memang tempiasnye wajib kena la, dah namanya kami ni bernaung di bawah ipg induk.

bermula dengan ambilan setiap tahun, kami ni dikira selamat sebab ambilan batch aku ramai, 10 kelas semua. naik jee ambilan tahun depan tu, 2012, terus ambilan diterhadkan. dr 10 kelas, terus turun sampai 2 kelas je. dari 100, kuantiti cuma ada 35 orang. gila. 35 orang wei. siyes lelah kalau kata kena anjur program utk seluruh budak maktab.

alasannya, dikatakan malaysia ni dah terlebih cikgu. lambakan guru. memang la melambak, dah pencen pon naik 60 taun. celah mana kitorang ni nak menyelit kalau gitu kuotanya.

lagi. menyengat jugak ah sistem ni. OPEN SYSTEM. kenaikan graf pointer untuk dapat 1st class degree. dari 3.75 (patut dah dapat 1st class) dinaikkan sampai 3.95, baru laa dapat 1st class. naya. memang naya kat orang weh. senior-senior PA khususnya patut ramai dah dapat 1s class, tapi sebabka open system ni, terus ramai yang tak dapat. kesian la, dorang usaha dah 8 sem kot. cuba kekalkan pointer utk dpt tinggi. tup-tup, dah last sem, baru tau pasal system ni. dan paling menyiksakan, system tu terus diguna pada taun tu jugak. bukan kata bagi notis dulu ke hape tak, memang sekali dia cakap, sapu terus.

alasan, Ipg kena lahirkan guru yang berkualiti, sebab banyak saingan dengan universiti.

ni. yang terbaru. POSTING AWAL. x pasal-pasal senior yang patut buat internship sebulan, kena terus stay kat sekolah sampai hujung taun. gila. yang ni serius gila. dengan AR, viva, exam final lagi. mana nak cover semua tu. bila dah masuk sekolah,paham sendiri la tahap bizi dia cmane.. cikgu-cikgu pelatih ni kira bekerja tanpa gaji, hanya hidup berbantukan elaun. alasan dia pulak, sangat bercanggah dengan alasan atas tadi. alasannya, banyak sekolah yang kekurangan guru. herh, ~

berita baik budak budak semenanjung, sebab katanya internship ni, dh dikira posting terus. xpayah terbang sabah sarawak. tapi bagi budak sabah sarawak., bad news la. dah 5 taun setengah di kelantan. alih2 tak bleh balik negeri masing-masing plak. kasian. memang naya kat orang.

dan banyak lagi isu. malas. xde mood nk cerita. xde idea nak menulis.

yang penting, malaysiaku, malaysiamu jua.

haha.

yang ikhlas.

tikus makmal.

No comments:

Post a Comment