usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 15 February 2015

Siswa Masuk Desa II - Misi Bantuan Pasca Banjir

maka nikmat Tuhamu yang manakah telah engkau dustakan?
-ar rahman-




















Kg Kemubu, Dabong, Kuala Krai 
Kelantan

2015.

bismillah.

pertama kali menjengah blog di tahun 2015. selamat tahun baru. takziah atas segala dugaan cubaan di penghujung 2014. takziah juga di atas perginya seorang ulamak, murabbi ummah..

tidak tahu soal apa ingin dibicarakan, sekadar menyinggah dan bertanya khabar, menyapa sepatah dua kata, tanda ingatan pada satu-satunya laman yang aku kira paling menyediakan kapasiti yang cukup untuk mencarut  meluah isi hati.

kronologi 2015.

ada baiknya kalau dimulakan dengan penghujung 2014 mungkin?

November 2014

- lahir cucu sulung abuya umi, Wan Ahmad Amzar. baik budaknya. buat aku x betah duduk asramaa sebab nak balik rumah main dengan dia. hujung minggu memang wajib ah balik, main-main ngan amzar sampai puas. kadang subuh lagi aku dah serbu bilik dia, sebab rindu, dan nak main dengan dia. part paling aku rasa kena bagi amzar dekat ibu dia, time die nangis melalak nak susu. budak ni sangat kuat makan. gud job amzar, jom bina badan sama-sama!






Disember 2014

banjir. paling dasyat seumur hidup aku. bergelap 9 hari. merasa jugak kekurangan bekal makanan. amzar pon ada sekali. tak banyak boleh aku cerita. cuma satu hikmah yang indah buat aku, tautan adik beradik dan sedara mara boleh dikatakan kuat masa tu. alhamdulillah ala kulli haal.

Januari 2015

permulaan tahun baru yang sedikit hambar. banjir masih belum surut, kuliah ditangguhkan seminggu. hujung bulan ni, dapat tahu penempatan posting k.uyu.

habis hancur. ranap. musnah. rasa macam aku dipisahkan dengan amzar untuk satu jarak yang saaaangat jauh dan tempoh masa yang saaaangat lama. hingga terpikir, lepas ni amzar dan anak-anak sedara lain takkan kenal dah aku makcik dia ni. sebab aku je terpinggir kat kampung ni. sedangkan dorang suma dah bawak diri jauh-jauh.

penghujung bulan ni jugak. aku terpaksa melepaskan satu lagi keinginan aku. aku bukan tanam cita-cita ni bulan lepas, tapi dah lama sangat. tipu aku cakap aku langsung tak terniat nak bertanding perwakilan, tapi tu la, cinta tak semestinya memiliki. dan cinta sebenarnya adalah pengorbanan. pengorbanan cinta aku terhadap umi abuya. biarlah kali ni aku undur diri. korbankan sekali lagi hasrat aku. biar aku tiap-tiap minggu dapat balik cium tangan umi abuya. paling tak, aku punya modal untuk berbangga yang aku boleh tengok umi abuya tiap kali aku rindu,

--melepaskan JPP, dan di sini aku curahkan minat.  KeSaS





cukup hanya sekadar ini,
sudah memadai buat masa ini.
selagi masih ada sabar =)



Sunday, 28 September 2014

I want take this serious, can I?

Bismillah.

Kecenderungan minat melampau-lampau pada fotografi sekarang. kalau dulu, saya cuma tangkap gambar. yes, dulu hanya tahu pilih angle terbaik untuk gambau cun., lepas tu baru lah edit. now, dapat dslr, terus try nak bagi dapat gambar berkualiti yang hampir setanding dengan yang diedit.

alhamdulillah. ikut bengkel sifu cikgu Tarmizi Shukri. sangat best oke!


*cikgu ngan farhan. gambaq curi biasa la, aku kan pemalu. hewhew

farhan ni kawan baru. nmpak cam banyak aku bleh korek ngan dia.
hahak

paaling best. cikgu Tarmizi saangat lah humble n sporting. blajo ngan dia rasa cam kita nyembang ngan kawan-kawan je, bukan macam berguru dengan orang dasat. walau hakikat memang dia dasat pon, but bukan tu yang nak dihighlightkan.  

peserta lain--- 


cikgu pasir puteh. memang x cakap walau sepatah ngan dia.
segan, nmpak bliau cam pro sangat. 
hoho



sofiah. org ganu. dh contact dia tp still xde balasan. 


peserta dan penganjur, kak fitriyana dan puteri comelnya. 


antara gambar yang diambil ;


bagi cikgu tengok gambar ni. sekali cikgu cakap 
"baru 3 orang saya tengok gambar, 3-3 semua cantik. nampak la macam korang dah biasa pegang kamera"
- aku? terus riak. hahahahaha

xdek ah. gambar cenggini senanya dah selalu sangat aku ambik. 
dalam kamus fotog aku, ini dah cliche.


aku kena smooth kan teknik ni. 
foreground + subjek + background




2 gambaq rantai ni, atas aku amik, bawah cikgu amik. 
sah-sah lawa cikgu. 

cikgu sekali tembak je tu.. aku? ntah ke brapa ploh kali. 

then, sekitar Taman Tengku Anis






---

pasni aku memang kena rajinkan diri dan tebalkan muka cari geng kamera ni.
siyes, aku malu sangat. xyakin bleh cari member semudah tu.
btw, aku bukanlah spesies friendly. 

hohoho

Tuesday, 9 September 2014

travel. trip.

Bismillah.

rasa mengantuk yang masih bersisa lepas balik dari lawatan semalam. ergh. mengantok memang dah tahap dewa tahap mambang, tapi sebab kan tadi hantar esemen bongsu - maka paksa mata layan movie.

kahkah. donlod cite donlod lagu - buat bekal isi masa senang.

ni ha, rasa nak kongsi gamba gi melaka. orang tanya best ke tak g melaka. lepas balik maktab, belek-belek gambar, baru la aku boleh cakap best g lawatan. punye lambat respon aku. best siot, gambar lawa-lawa. ngeh2#.. siyes puas hati tengok tempat kat melaka. tapi tu la. skill ak x brape nk auumm lagi. so biasa-biasa jah di mata profesional.

hari pertama. main sekitar banda melaka tu je. singgah muzium Samudera, Muzium Maritim dan Muzium Kesenian Islam

Nikon D3100
lens 18-55 mm



aku sangat suka snap gamba bila orang x perasan ada lens prati dorang.
bahasa mudah - no posing2



sangat menarik. setiap inci rasa nak snap gambo.


atas kapal. angle gini cantekk.


dari atas menara Taming Sari. 
lupa camane setting dapat gambo cani.
T_T


day 2. galeri lebah - taman botanikal. sini best. naik beskal reramai. ouh remaja sangat~





madu dia sedap sangat. siriyesli!


patut yang ni guna tekning panning. aishhh


kemudian - pantai kelebang. diwar-warkan kata coconut shake dia sedap.
ye betul memang sedap, tapi bagi aku xde lah sedap sampai tahap
nak promote kaw-kaw kat orang.
my opinion. show some respect.

malamnye. nadi segala-gala. river cruise.






dari atas bot. xde skill lagi nak adjust segala. 
redha lah dengan keadaan malam - bergegar - iso tinggi
sebab tempat dah cantik. duduk angle mana pon tetap cantik.


terkilan. lalu sini sat ja sebab lapau sangat.
punya la drag masa time makan. x nyempat nak ronda balik. 


beca malam.


air percikan dari bot. saje tak lap. sebab nak effect ni lah. =)


Jonker Walk. 
edit dalam kamera je, guna miniator ke hape.
lupa.


dekat kol 12 am. lengang. 

day 3 . Kompleks Falak al-Khawarizmi dan DBP (KL)


Ustaz Ahmad dari atas menara 



selesai DBP. tunggu bas.


last but not least.
gamba penawar hati pengubat jeles tengok gamba orang lawo-lawo.
hadap cermin. setting iso siap-siap. auto focus. 

then..



jumpa lagi meh. 







Saturday, 19 July 2014

Maafkan Beta!

"Mintaklah maaf, setel la tu pasni"
cakap senang ya ampun. senapas je. nak buat? - cungap.

ego dah tolak jauh jauh. kekuatan je baru 20%. Allah... ~feeling guilty =(

=== status FB yg terupdate semata kerana rasa bersalah yang menyesakkan dada. nak bernapas rasa tersekat di trakea. 

Erghh. harus gimana ni?

Mintak maaf . ye, senang sangat nak cakap.
tapi bila cakap takkan semestinya tamat hanya setakat maaf. lagi perlukan penjelasan. jujur. bab penjelasan nilah yang sebenar menyemakkan. bagi daku yang lidah berpintal, i mean, tidak laju menutur kata - ini satu dugaan hidup yang mega hebat!

nampak sangat lembiknya daku. bila nak memperbetulkan keadaan, dari situasi mana sekalipun - kawan mahupun famili - yang lajunya air mata lah. kata-katanya tak sangat. nak cakap 5 perkataan pon, suara dah vibrate melampau. 

isk. serius daku tak suka macam ni. memang masalah takkan setel. daku sebolehnya nak BERCAKAP pakai MULUT, bukan guna kuasa air mata. 

Allah.. saya nak kekuatan, tolong? 


Friday, 11 July 2014

"Anakanda" Beta

Bismillah.

minat baru?

bukan. minat lama sebenarnya. dah berkarat pon.

tapi tak tau lah mambang mana seru sampaikan minat membuak-buak. tahap nak perabih elaun sampai licin kalau ikut minda separa sedar.

photography. yes. tak tahu la sapa peturun perangai minat tangkap gambar ni. sendiri punya keinginan. tambah plak semester ni belajar bab-bab nih, semangat oberlod lah sesekali!

****

ni semalam punya cerita.

Nikon D3100
Lens 18-55mm
Depan rumah dalam rumput
Model teragung : Panjang Aurora | Pendek Andika

*nama adhoc*

silak-kan tengok~



gambar aku tangkap banyak stail serabot - bukti otak ku serabot stail?



tensen ngan minah ni. die takde mood hari ni, mungkin pms



terlampau galak plak yang no sekor-



ha tuh. nak tangkap semut je padahal. 



bangkitkan pepel dan hijau. nature gitu



casing n tinted baru sebab nak raye. henfon baru tak diperlukan buat masa sekarang, time kasih.

tamat sudah. 
| sampai ketemu lagi |



Tuesday, 8 July 2014

Mimpi ngeri

Bismillah.

10 ramadhan. Fasa "rahmat" gone. fasa 2 "Maghfirah" bakal menyusul esok. moga dikuatkan Allah, diberi sihat tubuh badan, nak habiskan 30 ramadhan dengan jaya dengan mengharap izin Nya jua .

MIMPI

daku sendiri tak tahu wajar atau tidak nak fikir tentang mimpi ni. yep benar anybody can just say mimpi tu mainan tidur. tapi kalau dah dua tiga kali mimpi tema sama, agak-agak permainan apa yang nak dimainkan ni.

bukan kata daku nak takutkan diri sendiri tak, tapi kalau dah tahu ni, memang sah sah bersarang dalam kepala. owh semak! lagi pikir, makin besar takutnya.kalau tak difikir pulak, means kita tak persiapkan diri dengan sebarang kemungkinan la kan?

persediaan tu kena ada walaupun "itu" bukan lah sesuatu yang kita mintak. bersedia dengan sebarang kemungkinan.

oke. jauh bebel sampai terbabas taktau topik hape.

ni ha topiknye, kisah daku berulang kali mimpi ular. ular besar tahap anaconda tu ha, bukan ular lidi ketawa riang dalam Do Re Mi tu. ngeri ke ngeri? takut la kan..?

dua tiga hari lepas terbaru mimpi makhluk tersebut. sebelum ni dah dua kali mimpi benda sama, kalo tak silap dalam tempoh hujung 2013 sampai sekarang. sebelum mimpi yang terbaru tu, terselit jugak mimpi ngeri tapi bukan binatang ni. mimpi kedua last tu mimpi kemalangan jalan raya. sangat mengerikan sebab api memang sangatlah besar. daku berani cakap scene dalam mimpi tu hampir sama dengan scene dalam Final Destination, yang lori balak terbalik tu. dalam mimpi tu, daku tengok dari awal sampai habis cemane lori minyak tu terbalik.*lori minyak, bukan balak. tapi besarnye lebih kurang.  jaraknye cuma selang satu kereta. kereta depan daku tu memang terseret skali dengan lori tu dan nasib baik kereta daku ni sempat brek, so x kenalah lori tu. oke, pemberitahuan semula, ni scene dalam MIMPI. MIMPI ye.

SAPA PELAKON DALAM MIMPI SAYA?

oke. datanglah mimpi mane pon yang ganas-ganas macam ni. muka paling wajib ada muka abuya umi daku. wajah kesayangan hamba. tak tahu kenapa. apa mesej yang nak disampaikan melalui mimpi mimpi ni. kadang-kadang kawan maktab pon masuk sekali, tapi yang wajib ada umi abuya la, kalau tak dua dua salah sorang mesti ada. tolong, jangan diapa-apakan mereka ini. jika kata ujian ni balasan atas dosa saya, biar sakit siksa tu saya tanggung. jangan dibebankan cinta hati saya.

jika awak awak rajin men-search tafsir mimpi bab ulaq ni. pautan nye mestilah masuk bab sihir. tak tahulah, saya cita kat kawan, terus kawan tanya "family nadiah ado hok keno sihir dop".

berat. berat nak jawab.

sebabnye, banyak-banyak family, setakat ni alhamdulillah family saya lah berada pada zon paling selamat. x penah kena ganggu ke ape. aman damai.

Allah. moga damai ini dikekalkan. satu-satu permintaan dengan sejuta pengharapan.