usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 7 July 2015

student life

bismillah..

Ramadhan tinggal lagi 10 hari je lagi. sedar tak sedar, ramadhan kali ni, sekali pon aku tak pernah lagi berbukak kat bilik, sorang sorang macam aku buat taun lepas. siyes rindu nak berbukak sorang. haha

petang ni saje., ade dua iftar. tengok lah dulu mana aku nak pergi. ~

nak ketengahkan topik pasal kesas sikit ni. 

sekarang dah masuk penggal 2 2015, tak lame lagi dah nak habis taun. habis taun bermaksud habis la tempoh aku pegang UMM. syukur. syukur.

mendaftar jadik ahli kesas ni dah lame sangat sebenarnya, sejak mula-mula masuk sini lagi. tapi tula, aku ni bukan ahli super aktif. cuma bergerak belakang tabir, bila dah xde orang sangat-sangat, barulah aku ni dipanggil. sadis . haha

dan dilantik pegang UMM ni pon sebab dah takde orang lain. memandangkan hanya tinggal aku je ahli umm yang boleh komit, terus depa naikkan nama aku. haa. nampak tak? aku bukan spesies pandai buat kawan, sebab tu la kurang dikenali, gittew~

n now, aku dah pon sentiasa ada dalam meeting AMT kesas. aku orang penting?.. tak jugak. aku kene ade kat mana-mana prog sebab dah tugas aku dokumentasikan setiap ape yang jadik. haha. 

nak highlightkan disini, aku bukan orang penting dalam mana-mana organisasi pon. dalam kesas sendiri pon, hanya jawatan picisan je yang aku pegang. cuma nya, walaupun aku ni tak penting, tapi at least aku nak selesaikan benda penting sebelum aku undur diri. benda penting yang patut umm siapkan. aku takkan rasa puas selagi tak lunaskan hutang UMM pada kesas. 

sebab tu la, berbeza umm taun ni dengan taun sebelum ni. kalau dulu, dalam umm aku hanya kenal ketua dia je. sebab dia pernah mintak aku gantikan dia masuk meeting. sekarang ni, aku dah kenal ajk2 dan ahli umm semuanya, aku paksa budak-budak buat poster, tangkap gambar, join family day., point dorang buat tu buat ni. tapi, cakap betul ni, aku buat bukan atas dasar kuasa aku ketua UMM, tapi sebab aku nak pentingkan tugas yang patut aku buat. biarlah aku senyap tak bersuara bila pegang kamera, biarlah orang kata aku gila kuasa pon (atau mungkin orang tak kata?).. x kisah. nak habis dah pon. sikit je lagi tinggal. 

andaikata. aku sempat jelaskan semua hutang umm ni, memang aku x de sesal sikit pun lepas UMM. rindu mungkin ade .. =)

c u.

Sunday, 5 July 2015

Abuya , Uhibbuka!

bismillah..

balik rumah dan disajikan cerita pasal Abuya oleh Umi. hee.

tak banyak yang aku ceritakan pasal Abuya kebelakangan ni. ada je kisahnya, tapi idea x ade so no update lah.





Abuya dah pun rasminya bersara. 2 tahun lebih awal dari tarikh sepatutnya, sebabnya, nak jaga umi. syukur, adanya abuya di rumah melegakan kami sekeluarga. x perlu bersusah mencari orang jaga umi bila kami semua ada kerja. tapi. kami tak memanfaatkan abuya. tak. tak terniat sikit pun. ada ja cuti, aku akan terus balik rumah. 

benda pertama aku perhati tiap kali balik rumah, ruang dapur dan sink. paling aku tak kisah bila balik rumah, pinggan mangkuk bertimbun tak dicuci. baju umi bertimbun dalam raga tak dilipat. apa maknanya tu? berak kencing umi abuya jaga. baju umi abuya basuh. makan-minum umi tidak terabai. abuya boleh jaga umi. tiap - tiap hari boleh sediakan makan umi, x pe la tu. x berasap dapur pun takpe, asalkan jangan sakit kelaparan je. paling aku boleh percaya abuya bab bg makan., dia la yang paling banyak beli makanan. walaupun tahu umi bukan selera sangat makan, dan kadang banyak la jugak membazir sebab x boleh nak habiskan semua. 

lagi. semua orang tak boleh celen yang ni. bab jaga solat umi. Abuya win! dari mula umi sakit 3 taun lepas, alhamdulillah solat puasa umi tak pernah terabai. kalau tidak dia buat pun, dikerahnya anak-anak buat. sampai sekarang, jadual wajib urus solat umi, waktu subuh, zohor + asar (jamak) dan maghrib + isyak (jamak jugak). kalau dia pergi mana-mana pun, wajib dia akan hntar mesej - Urus Solat Umi -.. tiap-tiap kali. tapi masa tu awal-awal umi sakit. sekarang jarang dah. sebab kami dah biasa. bangun, panaskan air, solat subuh, then urus umi. pastu tido balik. awal-awal dulu culas jugak  nak buat ni. haha

satu amalan baru abuya buat kebelakangan ni. abuya dah rajin isi air masak dalam peti. biasa peti tu akan kosong tiap kali balik, tapi sekarang ada la 2 3 botol air abuya isi. dan air tu, bukan air biasa. dia masak dulu air tu. sejukkan. sebelum masuk dalam peti, buya akan bukak penutup, dan mengaji quran. bagi alunan al-quran tu mengubah molekul-molekul air. dan baru la masuk peti. tiap - tiap malam abuya buat macam tu, sampai umi tertidur. dan kata umi, sejak abuya amal ni, tidur dia lena sampai ke pagi. 

hai la umi. yah jeles ah ngan umi. 

puji-puji melambung pun, xde la nak cakap perfectnya abuya. tidak la begitu. musti ada kureng mana-mana. salah satunya yang jadi bahan kami anak beranak, buya ni jenis lambat pickup n kadang2 telinga x dengar sangat. lain orang cakap, lain dia paham. tapi xpa, masalah tak kritikal, tade hal. no big deal~ heheh

tapi tu la kan, sebenar-benar cinta ni adalah mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna. 

Tuhan tak jadikan semua manusia hidung mancung kulit putih. tuhan tak jadikan semua manusia sihat sampai mati. tuhan tak jadikan manusia hidupnya kaya sehingga tak pernah merasa susah. dan dari ketidaksempurnaan inilah, semoga ada manusia yang allah jadikan dia, mampu menerima teman hidupnya seadanya. tidak melihat pada sempurnanya fizikal teman, tidak mengukur pada tinggi dan banyaknya harta, tapi tetap bersama atas dasar agama. tetap lapang dada dengan tidak sempurnanya teman hidup. bahkan dengan sempurnanya saling berkongsi sayang. 

Allahu... barokah sungguh.. =)

p/s : again, aku selalu keluar topik tiba-tiba. T_T

Wednesday, 1 July 2015

malaysiaku, malaysiamu jua~

bismillah.

hangat. isu paling hangat hari ni adalah pasal posting senior semester 8. kejutan yang bagi aku teramat dahsyat, mengubah terus kot sistem tahun-tahun lepas.

dah memang dasar kami ni dianggap tikus makmal kot. senang je kementerian buat itu ini, ubah dasar itu ini. yang jadi mangsa, kami, guru pelatih ni la. dengan sijil PERGURUAN yang kami bawak ke mana-mana ni, memang takde peluang keje lain dah selain jadi cikgu. takde, hangan je la kalo ko bawak sijil perguruan, tapi menonong je apply nak keje engineer, doktor. tak, memang tak bro.

sepanjang 4 tahun la kot aku duduk sini, macam-macam perubahan yang aku nampak, baik dari dalam maktab sendiri, sampailah ke kampus induk sinun. memang tempiasnye wajib kena la, dah namanya kami ni bernaung di bawah ipg induk.

bermula dengan ambilan setiap tahun, kami ni dikira selamat sebab ambilan batch aku ramai, 10 kelas semua. naik jee ambilan tahun depan tu, 2012, terus ambilan diterhadkan. dr 10 kelas, terus turun sampai 2 kelas je. dari 100, kuantiti cuma ada 35 orang. gila. 35 orang wei. siyes lelah kalau kata kena anjur program utk seluruh budak maktab.

alasannya, dikatakan malaysia ni dah terlebih cikgu. lambakan guru. memang la melambak, dah pencen pon naik 60 taun. celah mana kitorang ni nak menyelit kalau gitu kuotanya.

lagi. menyengat jugak ah sistem ni. OPEN SYSTEM. kenaikan graf pointer untuk dapat 1st class degree. dari 3.75 (patut dah dapat 1st class) dinaikkan sampai 3.95, baru laa dapat 1st class. naya. memang naya kat orang weh. senior-senior PA khususnya patut ramai dah dapat 1s class, tapi sebabka open system ni, terus ramai yang tak dapat. kesian la, dorang usaha dah 8 sem kot. cuba kekalkan pointer utk dpt tinggi. tup-tup, dah last sem, baru tau pasal system ni. dan paling menyiksakan, system tu terus diguna pada taun tu jugak. bukan kata bagi notis dulu ke hape tak, memang sekali dia cakap, sapu terus.

alasan, Ipg kena lahirkan guru yang berkualiti, sebab banyak saingan dengan universiti.

ni. yang terbaru. POSTING AWAL. x pasal-pasal senior yang patut buat internship sebulan, kena terus stay kat sekolah sampai hujung taun. gila. yang ni serius gila. dengan AR, viva, exam final lagi. mana nak cover semua tu. bila dah masuk sekolah,paham sendiri la tahap bizi dia cmane.. cikgu-cikgu pelatih ni kira bekerja tanpa gaji, hanya hidup berbantukan elaun. alasan dia pulak, sangat bercanggah dengan alasan atas tadi. alasannya, banyak sekolah yang kekurangan guru. herh, ~

berita baik budak budak semenanjung, sebab katanya internship ni, dh dikira posting terus. xpayah terbang sabah sarawak. tapi bagi budak sabah sarawak., bad news la. dah 5 taun setengah di kelantan. alih2 tak bleh balik negeri masing-masing plak. kasian. memang naya kat orang.

dan banyak lagi isu. malas. xde mood nk cerita. xde idea nak menulis.

yang penting, malaysiaku, malaysiamu jua.

haha.

yang ikhlas.

tikus makmal.