==bismillahirrahmanirahim..
"aku berlindung dengan-Mu ya Allah daripada syaitan yang direjam"
saat ini, aku sangat ingin meluahkan apa yg terbuku, tapi akan mencuba sehabis upaya untuk menulis tanpa bertuhankan nafsu..
setelah menjalankan undirect analisis n pemerhatian di kalangan beberapa virtual respondent, terlalu banyak rupanya mereka meluahkan ketidak-sukaan berada di IPGKKB ini.. alasannya, entahlah..~~ jika dikatakan yakin tidak mungkin akan serasi dengan bidang ini, kenapa dari dulu x keluar terus dr IPG..? kenapa memilih untuk "setia" berkecimpung dalam lapangan ini?
~ya betul..aku tahu..kita hanya mampu merancang, dan ternyata perancangan Allah adalah yang paling berkuasa.. dan, jika itu jawapan yg diberikan, pada pendapat aku, x perlu lagi mengeluarkan kenyataan "menyesal" berada di sini.. kalau benar anda redha, maka teruskan saja dengan pilihan yg ada di depan mata ni, cuba positifkan mindset anda, insya Allah akan ade pengakhiran yang baik.. selalu aku dgr, bile ada masalah sikit, terus nk tukar "situasi dan posisi", seolah-olah tempat yg akan diduduki akan dtg dijamin clear dr masalah tersebut..bukan ke tu lari dari masalah namanya..? masalah ni, kat mane-mane pon ade.. mmg, hikmah kejadian manusia pon Allah dah sebut dalam quran di mana Allah menjadikan manusia ni adalah untuk diuji.. nas die ak x ingat.. dan, Allah bagi ujian dalam banyak bntuk..segala apa yg dirasakan sulit, itulah namanya ujian.. aku x nafikan, aku sendiri pon kalo ade masalah, mmg rase cam nk lari jauh2..tp, memikirkan sampai bile kite nk terus lari sdgkan masalah tu sptutnya kita kne hadapi n atasi, kan? better, cuba berundur sebentar dari masalah..kumpul kekuatan, n facing them.. terpulang kpd anda cmane nk berundur sebentar dr masalah tuu,,igt, lari dari masalah tu bukan penyelesaiannya yer..?
dan.. Allah tidak sekejam itu untuk menguji hambanya, x kan sekali-kali Allah membebankan kita dengan ujian yg mustahil untuk kita tanggung.. seberat mana pun ujian yang menimpa, akan ada jalan keluarnya.. dia memberikan kita akal untuk berfikir dan menilai, dia memberikan pertolongannya melalui org disekeliling kita.. "dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat"..itu cara yg terbaik..ujian yg Allah beri kat kita tu adalah hint dr Allah, supaya kita tidak lalai dalam hidup..supaya kita ingat yg kita ni khalifah di buminya.. kite ni miskin, xde ape pon yg menjadi milik mutlak kita..kita ni hak Allah..jadi, kita memang layak diuji..
# aku x kan dpt menjawab jika ditanye tntg perasaan berada di sini,.kerana, disebalik beribu kesulitan yg datang, terlindung berjuta lagi hikmah dr Allah..berbaki 4 taun, masih dan akan terus mengharap tarbiah dan bimbingan dr mereka~ syukran ya Allah..=)
salam..
No comments:
Post a Comment