Bismillah.
10 ramadhan. Fasa "rahmat" gone. fasa 2 "Maghfirah" bakal menyusul esok. moga dikuatkan Allah, diberi sihat tubuh badan, nak habiskan 30 ramadhan dengan jaya dengan mengharap izin Nya jua .
MIMPI
daku sendiri tak tahu wajar atau tidak nak fikir tentang mimpi ni. yep benar anybody can just say mimpi tu mainan tidur. tapi kalau dah dua tiga kali mimpi tema sama, agak-agak permainan apa yang nak dimainkan ni.
bukan kata daku nak takutkan diri sendiri tak, tapi kalau dah tahu ni, memang sah sah bersarang dalam kepala. owh semak! lagi pikir, makin besar takutnya.kalau tak difikir pulak, means kita tak persiapkan diri dengan sebarang kemungkinan la kan?
persediaan tu kena ada walaupun "itu" bukan lah sesuatu yang kita mintak. bersedia dengan sebarang kemungkinan.
oke. jauh bebel sampai terbabas taktau topik hape.
ni ha topiknye, kisah daku berulang kali mimpi ular. ular besar tahap anaconda tu ha, bukan ular lidi ketawa riang dalam Do Re Mi tu. ngeri ke ngeri? takut la kan..?
dua tiga hari lepas terbaru mimpi makhluk tersebut. sebelum ni dah dua kali mimpi benda sama, kalo tak silap dalam tempoh hujung 2013 sampai sekarang. sebelum mimpi yang terbaru tu, terselit jugak mimpi ngeri tapi bukan binatang ni. mimpi kedua last tu mimpi kemalangan jalan raya. sangat mengerikan sebab api memang sangatlah besar. daku berani cakap scene dalam mimpi tu hampir sama dengan scene dalam Final Destination, yang lori balak terbalik tu. dalam mimpi tu, daku tengok dari awal sampai habis cemane lori minyak tu terbalik.*lori minyak, bukan balak. tapi besarnye lebih kurang. jaraknye cuma selang satu kereta. kereta depan daku tu memang terseret skali dengan lori tu dan nasib baik kereta daku ni sempat brek, so x kenalah lori tu. oke, pemberitahuan semula, ni scene dalam MIMPI. MIMPI ye.
SAPA PELAKON DALAM MIMPI SAYA?
oke. datanglah mimpi mane pon yang ganas-ganas macam ni. muka paling wajib ada muka abuya umi daku. wajah kesayangan hamba. tak tahu kenapa. apa mesej yang nak disampaikan melalui mimpi mimpi ni. kadang-kadang kawan maktab pon masuk sekali, tapi yang wajib ada umi abuya la, kalau tak dua dua salah sorang mesti ada. tolong, jangan diapa-apakan mereka ini. jika kata ujian ni balasan atas dosa saya, biar sakit siksa tu saya tanggung. jangan dibebankan cinta hati saya.
jika awak awak rajin men-search tafsir mimpi bab ulaq ni. pautan nye mestilah masuk bab sihir. tak tahulah, saya cita kat kawan, terus kawan tanya "family nadiah ado hok keno sihir dop".
berat. berat nak jawab.
sebabnye, banyak-banyak family, setakat ni alhamdulillah family saya lah berada pada zon paling selamat. x penah kena ganggu ke ape. aman damai.
Allah. moga damai ini dikekalkan. satu-satu permintaan dengan sejuta pengharapan.