usia diari ambo ni !

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 20 June 2014

Mari menambah keluarga

Bismillah.

alhamdulillah. menantikan generasi Wan yang kelima.

Baby Abe (si sulong) due - november 2014

Baby Achik (abang seken) due - mac 2015

U all did very well loh! 
congrats Abe & k.Uyu dan Achik & k.Una

Ombak rindu. koh koh

Kayak peringkat JKKK. wakil kampung.


#throwbacksat#

mari mari! ade space lagi tu haa

dan saya? 
bakal jadi aunt la. 
ke makcik? 
eh, patutnye maksu .. yg ni familiar tapi nanti anak menakan xtaw nma saya plak. 
su yah? rare~


whatsoever. mane-mane tak kisah. jangan nanti nak mnggedik suh anak sedara panggil mama - umi - bonda (apa-apa panggilan utk si ibu) sudah..
 

yang penting! kuar je budak-budak ni nanti sah sah ada Wan! haha. redha ye anak. ni mak sedara bongsu nak bagitau, nnti besar, sekolah esok-esok jangan kecik hati kalau selalu dok belakang skali time exam. sudah suratan namamu terkebelakang~ 4 generasi yang di atas semua dah merase. tapi, dont worry sayang, terkebelakang doesn't mean tercorot. buktikan itu!


esok balik maktab, benci! 

salamun alaik.

Gigiku gigi besi!

Bismillah..

hyep! skrg jumaat petang, esok, sabtu petang -  mengembara la daku ke ipg dayamm . bukak buku baru yo. PISMP Semester 4. another 4 sem to go. cepat pulak terbang masa nih~

==========

balik jumpa doc semalam, singgah Watsons beli benda alah untuk gigi manja intan payong.

beli yang bulu halus ye.
 beli Systema sebab jual seketul, yg colgate punya ada yg 3 in 1 je. lari bajet makkk. 
tp paling halus colgate, 0.01 mm. Systema ni 0.02.

guna berus ni berani la sket nak lalukan kat gigi. xleh yg kasar, takut tcabut bracket. 

kecik biru tu "interdental brushes" . suai untuk lalukan bawah-bawah dawai. kalo kate lekat cili bawah tu, ha guna yg ni nk buangnye.

 nampak tak? haluuussss


bile la agak bleh sengih cani - dengan gigi rapat
buat masa sekarang, terima kasih besi!

Wednesday, 18 June 2014

Saya Atkiners =)

bismillah.

hari ni nangis-nangis umi marah patik sebab pakai braces. T_T.. aa saiko aa cani. meronta lam hati nak jawab. sabor. kacip mulut. derhaka nanti luruh habis gigi!

umi bukannye direct marah sebab pakai braces. tapi umi keep saying

"kalau umi, umi x buat dah gini. biar la dengan yang asal"

i repeat ye umi, KALAU. dan kalau, gigi yah cantik tersusun cam umi, xkan yah sanggup nak pakai besi ni. aib, malu, x yakin, rasa x nak bukak mulut, sengih kontrol x tunjuk gigi time depan kmera.. ni semua yah sorang tanggung mi. yah ni cikgu. bukan cikgu namanya kalu x buka mulut. rendah sungguh lah self-esteem yah ni kalau yah x berani buka mulut.

oke. patik tak menjawab. ni jawab lam hati. kalau jawab depan sah umi menang, sebab guna kuasa air mata. haha

tu satu sebab. sebab seken, umi tak boleh tengok anaknya ni tahan makan.

 "kalau tahan makan nanti sakit, sakit macam umi... nanti mati la kalau x makan".. 

aha, futuristik sangat bondaku sorang ni. jauh beno pikiornye.

"umi, xde ape nye.. hr tu sebulan lebih yah x makan nasik oke je. yah x makan nasik je, bende lain yah makan". 

ni jw mampu jawab. bukan menjawab, meng-explain.

*****

dah kenape hamba x makan nasik? pakai braces xleh makan nasik ke?

nope. makan la nasi, boleh je pon. but i'm actually Atkiners. dats why tak makan nasik. cuba sehabis upaya elak ambik nasik.

people around keep saying,. 

" nati pakai braces takleh makan nasik 3 bulan". 

they expect my answer will be 

" eh, betul ke? memang xbleh makan nasik ke? "

atau 

"baik x kai braces kalau xleh makan nasik..mati kebulur aku.." 

tapi.. what actually in my thought.

"lagi bagus, mantop la diet aku cani. makan telor je".. 

aha, memang aku desperate sangat nak kai braces cepat2, sebabnye, nak pakai baju target nati raye ni. lagi senang, xleh makan dan x mahu makan.. bergerak seiring sejalan gitu. harap la ye jadik. mudah-mudahan..amin..

chop! rare ke tak ngn pekataan Aktiners? salah satu cara diet. study la . best diet nih! healthy diet, diet tanpa produk =)

dada...

Saya dan Braces . ngee~

bismillah.

ini kisah daku berbraces. kisah daku pujuk ayahanda dan kanda tolong support dana braces. kisah daku dan urusan pakai braces. kisah daku dan doktor gigi. kisah daku dan pantang larang saat berbraces. kisah daku derhaka pada doktor gigi. kisah daku mencari berus gigi. kisah daku kesempitan wang kerana braces. kisah daku mencari teman tiap kali appoinment.. semuanya kisah aku dan braces. not any information about braces.

 bukan nak crita braces tu apa. harap tak salah paham.
boleh daku teruskan? 

==== selalu bajet ramai readers =====

junior aku, si Syuhada tu la penyebab yang paling kukuh daku nak berbraces. daku keja dok peratii je mulut dia time bercakap. dia senyum, manis, tambah manis dengan ada braces. terus, ajak dia bawak daku g klinik tempat di buat braces. nawaitu sebnarnya lama sangat dah ada, tapi xde keberanian, takde orang suruh. tangguh punya tangguh, sekarang baru sampai seru.

Step 1 :
g klinik tempat Syu buat tu. tapi memang bukan rezeki klinik tu. dsebabkan budi bicara nurse yang sangatlah "baik", buat aku beralih ke klinik sebelah,. klinik sebelah je, tak jauh pon,. hee.. asalnye nak dengar je dktor explain, tp aku rasa senang dgn nursenye, dgn dktornya. baik-baik la theyol. punya la awal-awal letak prinsip xnak dktor laki, sekali.. sebab dktor tu x berapa nak muda n baik, terus lebur prinsip tu. hehe

dktor cek gigi. katenye x yah x-ray sebab gigi daku xde yang berlapis. lagi best, x yah cabut even sebatangg pon. sebab gigi aku cukup-cukup xde lebih,. datang next appoinment bleh terus proceed. haha. so xde pengalaman lah nak xray gigi. selamat fulus. yess

ni kira first appoinment lah. ukur gigi. guna gum yang macam nk ukur buat gigi palsu. sebab teruja, buatlah ape pon, aku rase best je! RM 50, paid!

temujanji 2:

bawak kakok nemannye. punya dalam hati berkobar ingatkan balik rumah nnti dah boleh pakai gigi besi. harapan je la,. tak study langsung pasal braces ni. ingat senang-senang nak tempek besi? kali ni doktor pasang separator kat celah-celah gigi. benda alah ni bentuk bulat, kecik je..material getah. x sakit pon, cuma masa dktor nk pkaikan tu rsa nak rabak jugak la mulut. nk letak kat gigi geraham hujung tu. 8 biji getah semuanya. time nak balik, pejam mata rapat-rapat. serahkan deposit cash RM 2500. Nangessss T_T. duit bapak dan kakak dan aku. tenkiyu yuols. yah janji akan bayar bila ada duit, promise!

separator ni tujuannya nak wujudkan gap antara gigi hujung tu. bagi ade space skit then senang nak letak bracket.  oke dah, xreti buat cara x reti, xyah lalut konon taw serba serbi. hahak. pakai benda ni rasa cam daging lekat kat celah gigi. bezanya, kalo daging boleh la korek gigi. tapi yang ni, tahan jela dengan benda menumpang di celahan gigi yo.

pertemuan ketiga:

dsebabkan aku derhaka. xjaga getah tu baik-baik, datang kali ni doktor letak balik getah baru. patutnya dah boleh pasang braces. tapi yang sebelah kanan getah x trcabut. so dktor pon letak lah cangkuk bahagian atas dan bawah. datang kali ni tak taw lah kenapa manja sangat, rasa takut x memasal. tekejut dengar bunyi mesin tu. rasa cam kena gaji gigi hamba ni. msa atas katil tu dalam hati xputus mintak cepat la bejalan wahai masaaa..

sekali lagi hancur harapan orang-orang kat rumah nak tengok gigi besi. haha

4th appoinment:

kali ni ajak najwa lak teman since cuti kakak dah hbis. okei. ini kali datang dua sesi lak dalam satu hari, sebab nye patient terlalu ramai. pagi tu, dktor letak cangkuk sebelah kiri plak. petang tu pulak sambung.. baru la nampak benda yang dipanggil braces. kali ni mang excited habis, syok je dengar bunyi mesin tu, sambil mata saja fokus tengok tv. gerun pon hade oi.

sakit? tak tak dan tak. geram plak dengar orang kate kai braces sakit. tak sakit pon deknon, cume gerun dengar bunyi mesin tu je. selesai taruk besi, dengan tetibe rasa gigi jongang mendadak. nk ttup mulut pon x best. time tu rase tegang sangat gigi sebab dktor dah tarik dawai. gigi satu-satu rasa cam goyang. jadi kena jage leklok jangan kacip gigi kuat-kuat. 

balik rumah. pasrahkan hati, tawakkal pada Allah. ya, aku sedia untuk digelakkan.. 

next appoinment. esok! nak kai getah kot. n nk cari berus gigi. jenuh mencari, awat susah sangat nk jumpa?

k tata...


Tuesday, 10 June 2014

Main Wau kiteee ..XD

Bismillah. assalamualaikum

sisa-sisa cuti sekolah ni, ada baiknya kalau isi masa main mainan toknenek dulu. alang-alang si abang ade bakat buat wau, rajin buat plak tu, tak salah kalau si adik sokong minat dan perjuangan si abang memartabatkan wau ni. hehe. ini 2 hari lepas punya citer. siyes cakap, 20 tahun hirup udara Allah, ni first time main wau. biasa tolong-tolong pegang je. ni siap boleh lari-lari tarik-tarik tali ko! best rupenya main benda alah ni. tambah plak, tu port rahsia dan takde orang lain selain daku, abang ngn si khalish. dan kalau buat cara konsisten, dengan main wau je ada harapan boleh kurusss. haha.

*sila klik gambar kalo rasa nk tengok jelas*



time ni baru sampai. padang tu memang sangatlah tersorok letaknya. 
eh, langit tunjuk tanda nak nangis!



beta. konon buat memek muka. dahal tak reti. ahaks~


bawak Ryujin Juwara sorang. bimbang takut-takut datang rimau gajah ke kan.. 



*dushh* menjunam. seperti MH370 jatuh lautan Hindi kononnya~
angin takde petang tu. terpaksa la lari-lari sambil loncat nak elak taik lembu rata-rata. 



oke nak balik dah. sambil tangan bawak pucuk paku.

bye!

Sunday, 8 June 2014

wedding achik lagii

throwback~ gambar mase weding achik =)

gambar je la ye, nak bebel modal tak banyak, line ok so up gambar sajos~~


terbaek! geng tulang belakang majlis =)

hisyam dan haq in action! half muka meksyi nampak

pakat buat gaya aideed. classmate kitorang

tangan di bahu mata ke atas~

mengintai. pose femesss

semua geng pa2 yg hadir. im missing in action meh~

pengantin baru sampai     


oke, habis. nantikan throwback edisi lain. coming soon. cuti2 ni kita layan gambar je taw!

Tuesday, 3 June 2014

Kem Anak Soleh (KASEH) 2014 done!

Bismillah. alhamdulillah. allahuakbar..

semester break at home on going.. =) senyum meleret !

permulaan cuti semester ni dibuka dengan memberikan khidmat bakti sebagai fasilitator Kem Anak Soleh anjuran PIM IPGKKB. 3 hari 2 malam 29-31 mei 2014. . grab peluang yang ada depan mata cepat-cepat memandangkan cuti ni tak taw nak buat apa, abang kakak ada di rumah dan juga nak belajar + tambah ilmu dalam pengurusan adik-adik sekolah rendah. so far, KASEH ni banyak buka mata saya tentang apa yang saya lemah dan saya tak tahu langsung sebelum ni. banyak dapat mesej positif samada langsung mahupun tak.

sesi taaruf fasilitator


# Sharing moments #

sekadar nak share kejadian kejadian yang berlaku dalam tempoh 3 hari tu. hari 1st, cam biasa pendaftaran dan taklimat awal la pada anak-anak. mak ayah adik-adik dah mula tiba dalam kol 2 petang antar anak masing-masing. waktu tu, kerja saya lebih kepada pemerhati. yela, fasi je kan. yang patut ke hulu kehilir tahu semua benda tu tugas AJK. fasi cuma bersedia je kalau-kalau AJK nk minta tolong.

mak ayah datang dengan keta, bawak beg anak, hantar anak sampai dewan, daftar kemudian balik. ini yang biasa kita tengok. tapi, yang luar dari kebiasaan juga ada sebenarnya. momen yang menjentik hati saya, sayu melihat pengorbanan mak dan ayah pada anak-anak.

scene 1. sorang ayah datang hantar anak lelakinya ke kem dengan motor je. penampilan si ayah juga biasa-biasa, tanda dia bukan dari golongan wang berkepuk. persepsi utama yang boleh dibuat, dia bukan orang senang. si ayah bawak anak sampai lah ke dewan. memandangkan dia yang mula-mula daftar, ajk-ajk yang ada ni sempat la beramah mesra dengan pakcik tu. tapi sayang, saya takde dalam dewan masa tu. tak tahu apa yang dibualkan. tapi saya yakin, pasti pakcik tu ada suarakan harapan yang dia inginkan dari kem ini. ingin kan anaknya menjadi soleh mungkin?

scene 2. anak perempuan dan ayah. ayah lagi. awalnye tiada apa yang pelik. ayah hantar anak sampai dewan dan ayah kembali ke keretanya dan berlalu pergi. tapi jadi pelik bila kali kedua ayah tu datang balik. si ayah bawak satu beg plastik. cam sangat corak beg plastik tu. hypermarket terdekat dengan maktab. isinya, kasut sukan yang masih baru. nah, ni mesti anak dia tertinggal kasut. (cerita diolah cara saya)

yep. ini pengorbanan si bapa. kadang kita tak nampak apa si ayah buat, memandangkan watak si ayah biasanya banyak dilakonkan di belakang tabir. yang zahirnya kita nampak mak yang paling faham kita, yang menenangkan saat si ayah dilanda amarah, yang menyediakan makanan yang sedaaaap untuk kita. tapi, cuba singkap balik., di sebalik semua tu, bukankah semuanya datang dari ayah juga? keep calm n say tq ayah =)

******************

Ice - Breaking dan Fasilitator

malamnya pulak, acara wajib adalah ice breaking. part last skali mestilah fasi diagihkan pada kumpulan masing-masing.

hai.. ada jugak part akak fasi sorang ni sentap! akak mane tu tu? yang ni la.. yang ni! haha

pendek cerita, dsebabkan terlalu curios nak taw dapat grup mana, tersalah grup la pulak!.. smpai-sampai je ada dengar suara kecik ..."boleh laa dapat akan ni pon.."

hamboi dik! akak sengih je kot time tu. tenang cik kak tenang!..

yelaa... sian adik tu. mungkin besar harapan dia nak dapat akak fasi yang lebih cantik dan lebih baik dan lebih hebat berbanding akak ni. hurmm..xpelah, dah nama pon tersalah grup. jadinya bukan takdir saya dengan adik petah tu..tahniah dik, dapat fasi idaman =)

tapi kan.. esoknya tu banyak pulak dia nyembang ngan saya. ngadu sakit situ sakit sini. eheh, x kenal maka x cinta kan sayang? ,, hehe

.. takdir saya.. dipertemukan dengan 11 orang adik-adik kecik. antaranya, pserta kem yang paling muda, 8 tahun. rata-rata diorang ni bukan pasif, tapi pemalu. dalam kalangan deme ni, saya cuba mencari personaliti saya masa umur sebaya ni. ya mungkin ada.. ada 2 3 orang yang pesen pendiam dan pemalu, tapi at last , ada perubahan pada mereka. sekurang-kurangnya, bila ditanya ada sahaja jawapan yang keluar, bukannya senyap dan senyum macam hari pertama =)..

anak anak soleh =)




anak-anak solehah =)

Pertolongan Allah itu dekat.. 

brdasarkan post mortem yang dibuat, banyak sangat berlaku benda yang tak dijangka. yang paling akbar, sambutan daripada peserta. kami target penyertaan 80 orang. 2 3 hari sebelum kem start, baru 60 yg daftar. ajk dah mula cuak skit.. tapi takpe, kami tetap teruskan jugak. alhamdulillah, masa hari daftar tu memang ramai sangat yang datang. x sangka bleh capai target, lebih pulak tu..

xkan ada program yang sempurna tanpa cacat cela. kami pon camtu jugak,. malam kedua, penceramah luar tiba-tiba xleh dtg sebabnya dia tersilap faham tarikh yang kami nyatakan. alhamdulillah, kami gantikan dengan amali solat. backup plan. banyak jugak yang perlu diperbetulkan dalam amali solat adik-adik. itu hikmahnya..

terus lompat konklusi boleh kan? ..thehehe..

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُركُم وَيُثَبِّت أَقدامَكُم Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.
(Muhammad :7) 


semoga apa yang dilakukan ini dikira sebagai sebahagian usaha kami dalam menolong agama Allah.. dan semoga, adik adik tu semua adalah calon anak anak soleh dan solehah=)