Bismillah.. alhamdulillah, syukur pada Allah.
hari ni makin bertambah ketidak selesaan bernafas, diserang selsema lagi. kifarah dosa mungkin.. =)
semalam, sempat ikut Lajnah Helwi untuk kutip dana bagi menjayakan program Festival Kita (FESTA). akan diadakan dalam ni jugak dalam bulan 6 nanti. jadinye, setiap lajnah ni diwajibkan mencari dana berjumlah rm800..
memandangkan ni pengalaman pertama saya kutip dana, aduhai, memang la terasa besar sangat cabarannya. tambah plak yang satu grup dengan saya semuanya bukan dari golongan fasih, termasuklah saya. yes, true. dis is really true.
saje nak kongsikan rasa dan pengalaman. kami ditugaskan mencari dana di sekitar Kubang Kerian. kumpulan saya utamanya kena serbu bangunan sederet PSI. memang tipis nak dapat sponser kalau syarikat besar macamtu, sebabnya, sah-sah diorang kene tanye bos. dan tipikal bos memang jarang teramat nak ade kat kedai, kan?
hampir putus asa. 4 kedai kitorang masuk semuanya x berjaya. masa tu jugak buat adhoc meeting. last last...
tebalkan muka. singgah kedai runcit. mintak balang dengan makcik kedai. alhamdulillah dia bagi. tacap-tacap sikit, then terhasillah balang macam kutipan derma kilat T_T
lepas tu, barulah terisi sikit. alhamdulillah. maka untuk hari tu, sasaran kami adalah orang awam, bukannya syarikat-syarikat besar.
GOLONGAN MANUSIA
bila buat kerja macam ni, barulah kita nampak macam mana realiti masyarakat kita sebenarnya. watak-watak dalam TV memang ada di dunia luar sebenarnya. dan, memang mata masyarakat akan pandang orang-orang yang berjalan sambil bawak tabung. ada yang memandang sinis tanpa bersuara, namun masih ada juga yang berminat untuk tahu, bertanya dan kemudian menyumbang. ini sumbangan ikhlas dari hati, jadi terpulanglah pada hati manusia-manusia tersebut banyak mana saham akhirat yang ingin mereka laburkan.
Ingin Memberi
kagum seketika mendengar cerita sahabat. seorang pakcik yang tersangat ingin menyumbang sampaikan dia keluarkan semua wang dalam walletnya. beberapa keping syiling dan segenggam duit kertas yang sudah ronyok. =) ,... Allah, mulianya hatimu pakcik, besar hati kami melihat semangatmu..
Tidak Mampu Menyumbang
ada beberapa kedai yang kami singgah, rata-ratanya tak mampu nak menyumbang dengan alasan bos tak masuk ofis. mungkin mesej yang ingin kami sampaikan tidak melekat padanya, sumbangan peribadi juga sangat dialukan. tidak mengapa, bukan rezeki kami. sekurang-kurangnya, mereka mendengar apa yang kami sampaikan. itu sudah cukup ..
Tidak Mahu Menyumbang, tapi Berdolak dalih
cukup saya terkejut, tidak sangka akan berhadapan dengan golongan seperti ini. tidak tahu mengapa beliau melenting saat kami menyatakan tujuan festival yang kami adakan untuk nak sebarkan dakwah Islam, keindahan Islam terutama bagi golongan non muslim. sudahnya, kami dimaki beliau. malu Tuhan saja tahu, semua mata memandang kami. perkataan-perkataan yang sangat tidak boleh saya terima;
- dakwah? kalau nak dakwah, zaman Rasulullah dulu lagi dah ada dakwah!
- orang yang kononya dan sebarkan Islam sendiri tu yang tak buat apa yang diseru, tu la masalahnya Islam tidak berkembang. Islam hanya pada mulut, pada kopiah, pada pakaian. tapi hati tak tahu apa itu Islam.
akhirnya, kami keluar kedai dengan perasaan malu yang menebal tanpa wang satu sen pon. apa masalahnya kalau cakap je terus, xpayah nak maki kami. kami tahu apa yang kami buat, sekurang-kurangnya ni usaha kami kerana sayangkan agama.
pikir balik pasal pakcik ni, teringat saya pada satu hadis rasulullah yang menjelaskan tentang golongan manusia dalam berilmu. boleh saja dikaitkan dengan situasi ni. kami nak sebarkan dakwah Islam, dan Islam itu penuh dengan ilmu.
Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang yang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".. (HR Al-Bazzar)....
Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang MENENTUKAN SIKAPNYA terhadap ilmu agama.... dengan salah satu dari EMPAT CARA, iaitu:
1] Menjadikan dirinya orang yang berilmu (alim), yang mengajar ilmu agama kepada orang lain, atau
2] Orang yang belajar ilmu agama; berusaha mencari ilmu dengan berguru, membaca, 'menadah' kitab, dan lain-lainnya, atau
3] Orang yang mendengar ilmu dan syarahan-syarahan agama; menghadiri kuliah-kuliah agama, atau majlis-majlis ilmu, atau
4] Orang yang mencintai dan menghargai ilmu agama, dan salah satu dari tiga golongan yang tersebut di atas, dengan menurut jejak langkahnya....
5] Golongan orang yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah GOLONGAN YANG BINASA; berilmu pun tidak, belajar ilmu pun tidak, mendengar pun tidak, kasih kepada ilmu pun tidak.... MALAH GOLONGAN INI MEMUSUHI salah satu, atau keempat-empat golongan di atas, mereka tidak ada pimpinan untuk dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah, yang HAQ dan yang BATHIL....
pada pandangan peribadi saya sendiri, adalah lebih baik jika yang mengetuk pintu rumah, yang menyapa kamu di jalanan adalah orang yang memohon sumbangan. sekurang-kurangnya, Allah telah permudahkan jalan untuk kamu beramal bukan? xpayah dah nak cari tempat untuk beramal jariah, kerana sudah ada depan mata. apa yang penting, pasakkan niat dalam hati, ikhlas beramal kerana Allah sebagai bekal menujuNya kelak. :)