terdetik utk mengupdate setelah merasakan kepalaku terbeban dgn perangai manusia yg x dikenali.. datang x dijemput, perginya langsung x buat aku terkilan~
pelik sungguh, zaman aku sekolah dulu, punya la malu kalau nk cakap ngn senior, ayat pon susun elok je, takut nnti silap cakap kan di banned x tentu pasal plak~
awal-awal masuk MATM, cikgu-cikgu selalu pesan, awk dh mlangkah ke alam baru. alam yang berbeza dgn zaman kanak-kanak. banyak benda yang awak akan jumpa. kalau awak silap pilih jalan masa sekolah ni, jangan menyesal kalau seluruh hidup awak musnah. duk sini, awak ade senior yang boleh bantu kalau awak ade masalah. Insya-Allah, Allah hantar mereka untuk tolong awak.
bertitik tolak dr itu, aku dibiasakan dan terbiasa dengan tanggapan yang senior itu mestilah seorang yang bernilai positif. walaupun, cuma minoriti sahaja yang boleh dijadikan qudwah hasanah. yang selebihnya tu, memang mereka bak langit dan bumi, tapi, selagi mereka senior, aku perlu hormat mereka, paling x, memencilkan diri tanpa mengambil tahu masalah mereka, itu lagi baik.
ya, itu adalah hakikat, walaupun kami berstatus pelajar sekolah agama, namun nilaian ilmu dan iman hanya Allah yang taw..jangan menilai dari luaran., pelajar sekolah agama yang bertudung cecah pinggang dan berkopiah 24 jam x semestinya tahu segala hukum, kerana terkadang, tahunya hanya sekadar tahu, tanpa faham dan amal..buktinya, kami tahu ape yg dikatakan couple, kami tahu punca kapel, dan kami tahu hukumnya haram sama skali, namun realitinya, perkara ini memang terjadi..~
x terlintas langsung di hati untuk mencaci dan mengaibkan, bahkan aku bangga menjadi produk sekolah agama, warganya yg mengajar aku apa itu usrah, qiamullail, kelas ma'zurah.. memang kami ni bukan semuanya baik, dan bukan semuanya jahat..dan aku,.? berdiri antara dua pilihan mungkin..? ~tafsiran gambang~.
tapi ini adalah situasi yang lazim terjadi, bila luaran kami yang ditatap, bukan dalaman~ kalau bab mencari pasangan kita boleh menggunakan hujah tersebut, mengapa kita perlu menafikannya di saat kita menilai orang disekeliling kta..? faham x.? ~sila buat2 faham..
![]() |
ya, di bumi ini aku ditarbiah..syg MATM |
x perlu menuding jari mencari salah orang, sbbnya aku juga begitu..aku bukannya baik jauh sekali sempurna, tapi aku mencuba untuk menjadi yang terbaik berbekalkan ketidaksempurnaanku .. masih teringat kata2 yg dibaca entah dr mana..
"Ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia"
konklusinya..
xde ilmu - cari - faham - amal - istiqamah - ikhlas - ibtighaai mardhatillah..
insyaAllah
#kerana tarbiah itu indah#